expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 3, 2014

Jep Sepahtu maki peminat "Bodoh"???

Salam semua.. Wah dengar cerita Juara Maharajalawak Mega 2013, Jep dari kumpulan Sepahtu maki peminat! Is it true? Wallahualam.. Tapi mengikut apa yang dilaporkan oleh Mizz Lahar dari akhbar Kosmo!, terdapat peminat Jep Sepahtu mengirimkan emel kepada beliau tentang perbuatan Jep Sepahtu tersebut...


BARU-BARU ini Mizz Lahar menerima satu kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat.
Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.
Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi, “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”
Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.
Sebenarnya Mizz Lahar agak terkejut kerana sepanjang mengenali Jep, dia bukanlah jenis individu yang mudah memaki peminat. Bagaimanapun, menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.
Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah dengan apa yang Mizz Lahar paparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.
Sumber: SINI


Saya sendiri tak percaya akan perkara ni walaupun saya tak pernah bertemu 4 mata dengan Jep Sepahtu ni. Apa-apa pun diharap Jep tampil memperjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya. If betul Jep melakukannya, maybe hanya kata maaf mungkin dapat meredakan kekecewaan peminat tersebut. Mana tahu maybe Jep tak sengaja atau ada benda lain yang mengganggu fikiran Jep sehingga terkeluar perkataan 'bodoh' tersebut..


Misya : Ramai manusia berpelajaran tinggi tapi masih melakukan tindakan yang bodoh.

4 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

amboi mentang2 dah glamour macam tu pulak pe-elnya yer....

permatabiru said... Reply To This Comment

rasanya mungkin nada yg di keluarkan dgn niat bergurau..si peminat plak terasa hati..sabar je la..hal kecik2 pun boleh jd besar bila dh public figure nie..

Unknown said... Reply To This Comment

hipokrit

Cikda I. said... Reply To This Comment

hipokrit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...