expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh maut dalam nahas lebuhraya di Gua Tempurung, Perak!

Salam.. Pagi-pagi saya bangun sahur jam 5.00 pagi bila on je facebook terkejut sungguh saya bila membaca post tentang kematian peguam negara YB Karpal Singh akibat kemalangan ngeri di area Tapah malam tadi. Ingatkan main-main je berita tu tapi rupanya memang betul. Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Mendiang merupakan antara peguam yang sangat dikenali dan lantang bersuara sebagai seorang ahli parlimen di Dewan Rakyat. Agak menyedihkan juga negara kehilangan seorang peguam dan pemimpin yang sangat berwibawa dan dihormati.




TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE



Lagi berita di SINI.

Misya : Berdoa sebelum memulakan setiap perjalanan.



2 comments :

kutoOobambOo said... Reply To This Comment

pesanan terakhir beliau "anwar perlu bertaubat"

Ct Noraishah said... Reply To This Comment

takziah pada kenalan dan keluarga mendiang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...