expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 23, 2014

Korea Free Trip Part 10 : Mr. Kebab at Itaewon, menggamit kerinduan...

Salam. Update lagi!! Dah masuk part 10, bila nak habis ni? Wakakaka.. Yang suka nak baca, silakan terus membaca, if tak suka, boleh scroll down ke bawah dan lihat senarai entri-entri yang lain ya.=) Apa pula aktiviti saya di Korea dalam Part 10 ni? Dah baca Part 9? Kalau belum sila ke SINI ya. 

Hoyeahhh pagi ni kami dibawa breakfast ke restoran Muslim di Itaewon. Salah 1 tempat yang ramai orang Muslim di sini. Ada masjid, ada makanan Halal dan restoran-restoran Halal di sini. Menggamit kerinduan saya dan suami yang pernah ke sini semasa honeymoon yang pertama. (Boleh baca SINI)

Leganya kami dapat makan makanan yang sedap. Bukan apa, makanan Korea takde perisa langsung. Semuanya tawar, memotong selera. Hehe banyak plak komplen ya! Tapi Elken memang superb. Sangat memahami tekak kami orang Melayu mesti nak makanan-makanan 'berasa'.


Nyum-nyum!

Perjalanan diteruskan dengan aktiviti bersiar-siar sambil membeli-belah di sekitar Itaewon ni.. Cuaca sejuk tak menghalang kami cuci mata sambil bershopping. Hehehe..

Cuaca sangat sejuk! Tapi seronok! Bila lagi nak merasa suasana sejuk camni kan...

My hubby teringin bergambar dengan kereta polis Korea. Smart gak kereta dorang. 

After jalan-jalan, kerinduan kami terubat akhirnya... Pillaf Kebab yang sangat super sedap lagi enak menjadi santapan kami! Ya Allah memang sangat sedap especially time sejuk-sejuk, lagilah meronta-ronta tekak nak makan Pilaf Kebab ni!

Tuuu diaaaaaa Pilaf Kebab! Fuhhhhhhhhhhhh serius sangat menyelerakan!! Apa lagi, Kasi santap lerrrr....

Very good!

Haaaa ambekkk! Licin pinggan! Hahaha...

If anda ke Itaewon, jangan lupa singgah Mr.Kebab ni. Sangat berbaloi dapat makan kebab kat sini. Sangat sedap!=)

Sesungguhnya memang kami rindu dengan Itaewon... Menempatkan ramai orang seIslam... Makanan Halal pun banyak. Satu-satunya masjid yang tersergam indah di atas bukit walaupun kali ni kami tak sempat ke sana. Will come this place again! Tq Elken for bringing us here again!^_^


Misya : Kenangan terindah.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...