expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 30, 2014

Pencuri testimoni Elmarino Blanc dikesan!!!

Salam. Berita gempar!!! Terdapat sebuah pihak/syarikat pengeluar produk kecantikan telah menyalahgunakan testimoni pengguna produk beauty Elken iaitu Elmarino Blanc sebagai testimoni mereka! Agak RUDE di situ ya! Saya tak sure produk apa tapi kelihatannya seperti skincare yang agak famous dijual dalam facebook. Almaklumlah harga murah dan banyak 'testimoni' katanya... MasyaAllah...

Inilah testimoni palsu yang menggunakan wajah bakal jutawan Elken iaitu Saffiya.. Saffiya adalah pengguna tegar produk beauty Elken seperti Elmarino Blance dan Triple Set Elken. Tak sangka syarikat ini berani menggunakan testimoni produk lain untuk melariskan jualan produk mereka. Sungguh tidak bertanggungjawab!

Ini adalah gambar asal testimoni daripada Saffiya. Terbukti produk Elken memang luar biasa sehingga banyak produk lain tercabar akan kehebatan Elmarino Blanc. If produk mereka betul-betul bagus, keluarkan dahulu testimoni sendiri. Bukan ciplak hasil produk orang lain then gunapakai untuk kepentingan sendiri.


Inilah Saffiya.. Berusia 27 tahun. Baru sahaja mengeluarkan sebuah BMW 3 series menggunakan car fund dari Elken.

Tahniah Saffiya! Mempunyai double degree tetapi kini berada di Elken mengejar impian. Hanya gunapakai produk terus berjaya mencapai kesemua 9 faedah di Elken. Kejayaanmu menjadi inspirasi yang lain.:)

Cantik, sihat, kaya dan bergaya.. Idaman setiap wanita. Tahniah Saffiya!=)

Bersama-sama leader beliau yang tersayang MCCM Wong Chew Wah. Lagi diuji lagi beliau berjaya.. Elken memang hebat! :)


Saya telah meninggalkan komen di page produk tersebut supaya berhati-hati apabila memuatnaik gambar testimoni kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna. Tapi tiada maklumbalas. Siap buat dialog palsu dalam post lagi tuh! Tak menahan betul....;p Saya lihat banyak lagi gambar testimoni terpampang dalam page tersebut, hopefully semuanya asli. Kasihan kepada pengguna ada yang mungkin tertipu. Elken mungkin akan mengenakan tindakan saman terhadap pihak yang terlibat dalam menciplak testimoni tersebut. Saya semak semula page tu kelihatannya sudah dipadam testimoni tersebut. Langsung tiada permohonan maaf dibuat. Bahaya betul sekarang ni terlampau ghairah nak meniaga tapi sanggup lakukan perbuatan sebegini. Matlamat tidak menghalalkan cara. Hati-hati ya jelitawan sekalian!=)


Misya : Setiap produk Elken dipatenkan. 


3 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

kalau nak lakukan barang pun janganlah curi testimoni orang lain... hu hu hu...

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Hish, boleh pulak macam tu.

lala yusof said... Reply To This Comment

ada juga ya kes mcm ni...tu le byk produk skrg ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...