Abby Abadi bercerai lagi?

Salam.. Alahai baru saja saya blast entry tentang mohon doakan kebahagian rumahtangga Abby Abadi dan suaminya Farhan yang dikatakan bergolak dalam entry INI, tapi apakan daya takdir Tuhan penentu segalanya. Mereka berdua disahkan bercerai oleh pihak Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jua.. Jodoh tak panjang.. Tapi mana tahu lepas ni mereka rujuk balik, hanya Tuhan yang tahu...


Menurut OhArtis!, suami Abby melafazkan 2 kali cerai dan salah satunya tidak dimaklumkan ke mahkamah. Kes ini akan disebut semula pada Jun ini untuk pengesahan lafaz cerai yang dilakukan oleh Farhan. Berita lanjut di SINI


Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Pasti ada masalah yang terlalu berat menimpa mereka hingga mengambil pendekatan bercerai sebagai jalan penyelesaian. 



Misya : Kuasa Tuhan jangan dibawa main.

Comments

  1. apa boleh buat..jodoh tak panjang

    ReplyDelete
  2. Kita sama2 doakan semoga ikatan perkahwinan mereka masih utuh dan rujuk balik. Insha'Allah. Amin :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts