expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 29, 2014

Al-fatihah untuk Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah..

Salam. Petang semalam Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang Sultan dari negeri Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Saya sendiri agak terkejut dengan berita tersebut sebab selama ni nampak Almarhum kelihatan sihat sahaja. Dan Almarhum juga antara Sultan favourite saya dari kecil sebab semasa Almarhum menjadi DYMM Yang Dipertuan Agung Malaysia masa tu saya masih kecil tapi saya sangat kagum bila melihat Almarhum dalam TV. Sangat-sangat berkarisma menjadi Raja.Tak sangka kini baginda sudah tiada lagi.. Al-Fatihah....


Berdasarkan entri di blog Omak Kau

Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah 
mangkat pada jam 1.30 petang semalam. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir secara langsung di RTM semalam.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar pagi ini dan akan dimakamkan selepas asar.



 Misya : Kagum dengan kesederhanaan Sultan Kelantan

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...