expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 30, 2014

Amara Guest House Langkawi || Apa pendapat saya?

Salam semua. Kali ni nak review Amara Guest House di Langkawi. Ingatkan kat Korea je ada guest house, rupanya kat Malaysia pon ada. Huhu. Kebetulan saya wat family trip ke Langkawi so, kami booking Amara Guest House ni sebab rate nya murah dan kelihatan selesa. 


Seriously katil dia tersangatlah besar! Bukan King lagi dah rasanya. Boleh guling-guling dari hujung ke hujung. haha. Cuma dari segi bantal, tak syok sebab terlampau lembik dan kecil. Kami minta bantal tambahan tak dapat-dapat. Hope dia wat penambahbaikan dari segi bantal. Cadarnya bersih cuma ada kesan-kesan kotoran degil yang tak hilang lepas dicuci.

Ada meja solek dan TV. Keluasan bilik okla.. Huhu.. 

Dari segi lokasi memang bagus sebab dekat dengan tempat shopping Pekan Kuah. 


Overall untuk family memang sesuai lah sebab ada family room dan harga yang rendah. Tiada breakfast disediakan. Apa yang tak bestnya semua bilik penginapan di tingkat 2. Tingkat 1 ditutup dan tak tahu apa yang ada di tingkat 1. Tiada lif disediakan so kenalah memanjat tangga. Air panas dan iron disediakan di luar bilik. Toilet dan sinki agak kecil. Kena lakukan banyak penambahbaikan lepas ni. 


If nak booking boleh klik www.amara.com.my



Misya : Bersih paling utama.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...