Dapat hadiah kahwin setelah 8 bulan berlalu!

Salam.. Hoyeayyyy! Tak sangka masih dapat hadiah kahwin setelah hampir 8 bulan wedding ku berlangsung.. Petang-petang hari tengah masak-masak di dapur, my hubby pulang ke rumah.. Dengan senang hati menyambutnya di pintu tak sangka ada sekotak hadiah yang sangat besar berada di hadapan pintu rumah! Apa lagi, menjerit kegembiraan la saya! Ya Allah happy sangat-sangat sebab saya memang nak hadiah ni..^__^

Sebuah oven yang dah lama saya idam-idamkan!!! Sebab saya suka buat kek dan biskut. Rezeki perkahwinan kami. From bos-bos my hubby.. Dorang wat collection dan beli hadiah ni.

Actually dah lama bos-bos hubby tanya kami nak hadiah wedding apa. Memang kami request nak oven tapi takdelah serius sangat. Ingatkan tak jadi, tapi rupa-rupanya dorang memang betul-betul nak bagi! Ya Allah terharu sangat-sangat...T_T

Jenama Tefal.. Mahal juga harganya. RM600++ Memang saya dah ada niat nak beli sendiri sebab tak nak mengharap hadiah daripada orang. Cuma nak beli oven biasa-biasa n murah je. Tapi Tuhan maha mendengar isi hati saya dan rezeki kami dapat oven mahal ni. TQ Allah...:)

Macam-macam benda boleh dilakukan dengan oven ni. Huhu... 

My hubby pun excited dapat hadiah ni. Saya sampai peluk-peluk hadiah ni sebab excited punya pasal! Ahakss... 

Apa-apa pun tq so much kepada bos-bos my hubby sebab susah-susah je belikan hadiah mahal gini. They're so sporting. Patutlah hubby pun sentiasa happy kat office dapat bos yang baik-baik.:)


Misya : Siapa nak bagi hadiah mixer pula? ;)



Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts