expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 29, 2014

Hotel Silka Johor Bahru || Apa pendapat saya?

Salam semua. Start today saya nak create entry-entry "Apa pendapat saya?" berkaitan tempat-tempat penginapan yang saya pernah stay bila travel ke mana-mana. Almaklum sejak jadi businessman ni saya dan suami memang selalu outstation. So, banyak juga hotel yang kami stay. Kira selalu honeymoon la kami. hehe. Ada yang best tapi ada juga yang tak best. Apa-apa pun terpulang pada anda yang melihat. Mana tahu entry-entry ini boleh jadi rujukan buat anda yang nak ketempat dituju.:) 


1st hotel untuk saya review adalah Silka Hotel di Johor Bahru bertaraf 3 bintang. Mula-mula nak ke sini kami tersesat sedikit sebab dalam Waze/GPS takde koordinat yang tepat untuk hotel ni. Lepas pusing-pusing kawasan Plentong yang sama beberapa kali barulah terjumpa. Huhu..

Inilah bilik kami. Agak besar katilnya! Bilik pun luas. Sangat selesa sampai hubby pun kata next time if ke JB lagi, kami stay di sini sahaja.

Ruangan meja solek menempatkan kettle dan air mineral. Bolehlah nak masak-masak air.

Complete set of toiletries...

Bekas tisu ni agak menarik bagi saya. Huhu

Almari tidak disediakan tapi ada meja solek yang bercantum dengan penyangkut baju. Kira macam almari terbuka gitu. Kelihatan kasut my hubby. Amboi syok nya letak kasut atas meja!

Yang penting breakfast disediakan. Seriously sangat sedap nasi goreng yang dihidangkan! Puas hati dengan breakfast.:)


Apa yang tak best nya adalah tempat parking agak jauh dari hotel. Terletak di bangunan bersebelahan hotel. Sebab hotel ni merupakan bangunan apartment so berkongsi parking dengan penduduk aprtment di blok lain. Tiada lif/eskalator disediakan dari parking ke hotel. Kena menapak sedikit. If bawa barang banyak memang membantutkan mood la nak datang sini. Huhu. Yang lain semua ok and kami puas hati.=)

Nak booking? Boleh klik SINI.


Misya : Husband suka parking kereta jauh.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...