KDE Impiana Villa Hotel || Apa pendapat saya?

Salam.. Nak review satu lagi tempat penginapan yang pernah saya stay. KDE Impiana Villa Hotel merupakan hotel bajet yang berlokasi di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.Actually sebelum ni nama hotel ni lain. But last time kami datang tengok aik dah tukar nama rupanya hotel ni. Yang paling best harganya murah! RM50.00 per night tapi dapat tingkat paling atas iaitu level 4. Tiada lif disediakan. Kenalah memanjat. If tingkat bawah harga tinggi sedikit.

Masuk-masuk je terus terkejut sebab biliknya besar. Tak sangka RM50.00 leh dapat bilik yang selesa. 

Ada kettle lagi tu.. Huhu..

See besar kan? If nak stay dengan family pun boleh 1 bilik ni leh tambah tilam je. 

Ada TV lama but still boleh berfungsi. Kalau tak, mati kebosanan saya dan husband dalam bilik ni. huhu. 

Toilet bersih tapi sinki terlalu kecil. Sesuai untuk kanak-kanak agaknya. Huhu. Dah nama hotel bajet  so tiada breakfast disediakan. 

If nak booking dia takde laman web. But boleh call directly ke 09-7447799/ 09-7449799.



Misya : Mesti bijak memilih sesuatu ikut kemampuan dan keperluan. 

Comments

  1. Salam Cik Misya,
    Sy bercadang nak ke KB bulan ni, ada kawan cadangkan hotel ni juga. Jauh tak hotel ni nak ke HUSM Kubang kerian? tau tak? n payment mode dia bayar masa checkin or checkout ek? boleh bantu jika tahu? tqsm

    ReplyDelete
  2. @Siti tiHa Salam Siti, dalam 10-12 minit perjalanan. Sangat dekat. Bayar cash masa check-in. Boleh try booking dulu if takut full. :)

    ReplyDelete
  3. Salam jawatan kosong ada x kat hotel ni? Saya lepasan diploma hospitaliti dan perlancongan..kalau ada tolong call atau smms kt no sy 0179102378

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts