expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 8, 2014

Outstation to Penang Part 2 || Padang Kota, ada apa?

Salam semua.. Sambung dari Part 1, hari ni nak story part 2 pula. Yang bestnya tugas saya di Penang ni hanya melibatkan waktu siang. Jadi malam bolehlah kami spend time mengenali negeri pulau mutiara ni lebih dekat especially part makanan! Hehe...

Ready untuk jalan-jalan..

My team.. Tanpa mereka tak dapat jayakan sesi kursus di sini dengan baik. TQ girls!

Ok, orang selalu sebut nama Padang Kota ni antara tempat famous untuk cari makan. Tapi warga Penang mostly kata tempat ni mahal. Takpela kami try je dulu sebab saya tak pernah sampai tempat ni. Huhu.

Beginilah suasana di sini. Tak ramai orang sangat sebab weekdays. Sampai-sampai je kami di sini terus kami dikerumuni oleh pemilik-pemilik setiap kedai mempromosikan makanan dan minuman yang mereka jual. Kalau sorang-sorang takut juga diserbu ramai-ramai camtu. Tapi itulah kebiasaan yang berlaku di sini.. Huhu..

Apa lagi, pasembor mesti ada!!! Perghhh terangkat beb..! RM12.00.

Sotong Kangkung.. 1st time makan, boleh tahan rasanya.. Sedap juga. RM12.00.

Pilihan saya Char Kue Tiow Udang... Memang betul mahal! RM8.00 ada udang sekor jek!

Hoola hoop, coconut shake... Bolehlah walaupun tak terasa sangat kelapa nya. Hehe. 

So, kalau anda nak datang sini bukan tak galakkan tapi sebab harga nya memang mahal dan nak kata sedap sangat tu takdela. But boleh try datang untuk tahu where is Padang Kota.. Hope PBT makesure kebersihan tempat ni sebab walaupun best tepi laut tapi bila ternampak lipas sekor dua tu wat saya kurang selesa. Nice view but habe to improve the cleanliness. InsyaAllah this place will be more perfect!=)


Misya : Awat lagu tu?




2 comments :

idzwa kamaruddin said... Reply To This Comment

aaahhh penang besttt!!

timm_bill said... Reply To This Comment

penang mmg bes klu bab mkn..dlu prktikl kt penang mmg kje mkn jer..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...