expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 5, 2014

Tak pernah tahu apakah itu Pavlova! Kini pavlova menawan hatiku....

Salam semua.. Sebenarnya kan, saya tak pernah tahu pun apakah itu Pavlova! Ahaks.. Sejak dua menjak ni pavlova ni tetiba jadi femes sebab ramai my fren dalam facebook menjualnya secara online. Nampak sedap tapi tak berani nak beli sebab takut ianya indah khabar daripada rupa. Ada juga minta resepi dari my fren tapi sampai sekarang takde masa nak wat sendiri. Dan pada yang tak tahu pavlova tu apa macam saya ni, ia merupakan sejenis makanan! Ahakss.. Ala-ala desert yang sesuai dimakan sebagai pemanis mulut. Sekeping kek yang dihiasi dengan krim dan buah-buahan yang manis. Camne saya leh berkenalan dengan pavlova ni?

Kebetulan one day ternampak dekat cafe tempat kerja saya menjual mini pavlova ni. Dalam cup coklat berpenutup lutsinar, uish agak menarik untuk dicuba. So saya belilah 1 bawa balik ofis. Perghh terus jatuh cinta beb! Sedap sangat-sangat! Kenapa???



1. Sebab saya penggemar krim putih. Kalau kek bufday tu saya suka makan krim dia je. Hehe..
2. Saya tak suka makan/beli buah-buahan tanpa sebab. Tapi bila makan je pavlova ni terus saya jadi suka nak makan buah tapi hanya yang kat pavlova je la.;)
3. Sejenis desert ringan yang tak memuakkan. Manis pun light-light je. So, rasa sekali pasti nak berkali-kali.
4. Desert yang sihat sebab dalam kuantiti yang sedikit (mini) tapi banyak buah-buahan.
5. Berbaloi dengan harga dengan rasanya. RM5.00 satu cup.  


So, setiap minggu pasti saya akan beli pavlova ni ber cup-cup untuk dibawa pulang ke rumah. Nak wat sendiri entah bila. Sampai husband saya pun suka- tengok-tengok dalam peti ais dah habis dimakannya. Takpe yang penting ianya sihat!=)


Misya : Tak suka manis sangat.

1 comment :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

selamat berpavlova cik misya... *_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...