Alhamdulillah Uqasha Senrose kini sudah berhijab!

Salam.. Wah khabar gembira dari dunia hiburan tanah air pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Uqasha Senrose kini sudah berhijrah mengenakan hijab! Berdasarkan entry dari blog tiefiq Uqasha memuatnaik beberapa gambarnya bertudung. Pada awalnya ramai ingat ianya untuk lakonan terbaru drama/filem beliau kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh beliau.




Menurut Uqasha yang merupakan adik-beradik kepada pelakon Nelydia Senrose ini : “Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,“ jelasnya.

“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya,“ tambahnya.

Alhamdulillah... Permulaan Syaaban yang baik memang penghijrahan Uqasha pada waktu dan bulan yang sangat bagus. Semoga terus istiqamah mengenakan hijab dan menjadi Muslimah sejati. Tahniah Uqasha!=)


Misya : Hijrah kepada tudung yang lebih labuh.

Comments

  1. salam..

    alhamdulillah... semoga dia istiqamah....cantik je tgk

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts