expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 27, 2014

Feeling beraya di kampung atok suami...

Salam semua.. Syawal sudah pun habis... Tapi saya nak story juga tentang pengalaman Syawal saya di kampung. Actually sudah bertahun-tahun saya tak beraya dalam suasana kampung yang sebenar. Since Atuk dan Nenek saya tiada, no more raya di kampung. Yang ada raya di bandar. huhu.. So, tahun ni Alhamdulillah dapat merasa beraya di kampung atok husband saya. 2 hari before Raya kami sudah sampai.. Excited plus nervous! Almaklum... 1st time sambut Syawal sebagai isteri dan menantu..^_^

With family mertua ku..

Inilah juadah buka puasa kami.. Masak sendiri okeys! Sangat enjoy.. Masak ramai-ramai, then buka puasa pun ramai-ramai.

Sehari sebelum Raya, apa lagi kan.. Masak rendang! Perghhh resipi turun-temurun daripada nenek suami. Lain daripada yang lain.. Raya kalau takde rendang nenek ni macam tak complete rasanya raya. Huhu..


Uncle suami daripada Johor pun turut sama-sama menurunkan ilmu masak-memasak. Ahaks...

Ayam yang telah digaul dengan segala bahan, menjadikan rendang ayam ni sangat-sangat special. Rasanya, comfirm meleleh!!!


Apa yang bestnya, kawasan rumah atok ni dikelilingi pokok buah-buahan. Ada macam-macam buah.. Rambutan, cempedak, langsat, pisang, manggis, kelapa, durian..

My hubby.. letih berpuasa, tetap semangat mengait rambutan atas pokok.

Yang paling best, uma atok ni segala daun dan pucuk ulam ada ditanam! Tak payah pergi pasar dah leh petik fresh-fresh belakang rumah..

Hasil tangkapan kami... Sangat manis buah-buahan ni.

Last day berpuasa, kami berdua pi dating jap kat bazar Ramadhan.. Wah, macam-macam ada jual. Rambang mata tapi kena control okeys! Membazir amalan syaitan..

Suasana Bazar Ramadhan Masjid Tanah, Melaka... Ramai orang walaupun dah last berpuasa. Maybe anak-anak bandar sudah pulang ke kampung mereka di sini. So meriahlah bazar ni!

Jom pi beraya!

Petang-petang raya kami santai-santai di tepi laut... 

Apa-apa pun Selamat Hari Raya!=) InsyaAllah jumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Amin...


Misya : Rindu atok dan nenek.










1 comment :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

wah seronoknya raya Cik Misya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...