Sah! Alyah dan Ramli MS telah bernikah tahun lepas!

Salam. Melalui MStar, akhirnya terbongkar juga bahawa penyanyi Alyah telah bernikah dengan komposer Ramli M.S setahun yang lalu. Gara-gara diserbu pihak JAIS, mereka gagal menyembunyikan status pernikahan mereka. Rupa-rupanya pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi tentang hubungan akrab mereka sebelum ni telah pun bernikah di Batam, Indonesia secara rahsia lebih kurang tahun lepas.


Alyah dan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh memberi kerjasama sepenuhnya ketika sekumpulan pegawai penguatkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan wartawan Berita Harian menyerbu rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis 28 Ogos 2014. Pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka. - MStar.

Alahai, benda baik buat apa la nak disorok-sorok kan.. Kalau taknak buat majlis sekalipun, tak mengapa tapi bila perkahwinan disorokkan, ginilah jadinya.. Tak pasal-pasal jadi bahan fitnah sampai kena serbu pihak berkuasa. 

Apa-apa pun, kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka. Alyah dahulu pun pernah berimej agak seksi kini tampil berhijab sudah pasti tanda mereka sedang bahagia menjalani kehidupan mereka.


Misya : Kahwin pembuka rezeki.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts