expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 17, 2014

Raksasa kecil yang Gila.

Salam.. Ahha.. Siapa pernah jumpa orang gila? Tahu tak, bukan manusia je ada yang gila, binatang pun ada yang gila tau! Sejenis biawak lagi tuh! Huhu.. Kebetulan nama dia dipanggil Gila Monster.. Kelakar pula dengar nama spesis biawak ni. Menarik untuk kita ketahui.

Kalau tengok corak dia ni cantik ala-ala batik. Agaknya corak yang tak keruan ni kot dipanggil Gila. Wakakaka..


Menurut Wikipedia; Raksasa Gila ( Gila Monster ) adalah spesies  cicak berbisa yang berasal dari barat daya Amerika Syarikat dan negara barat laut Mexico Sonora. Merupakan cicak yang bergerak perlahan, saiz sehingga 60cm (2 kaki) panjang, raksasa Gila adalah satu-satunya cicak asli berbisa di Amerika Syarikat dan salah satu daripada dua spesies haiwan berbisa di Amerika Utara, dimana satu lagi adalah cicak manik Mexico ( H. horridum ). 

Yang ni cicak manik Mexico. Lebih kecil daripada Gila.

Walaupun rakasa Gila adalah berbisa, tetapi ia memberi sedikit ancaman kepada manusia. Walau bagaimanapun, ia telah memperoleh reputasi yang menakutkan dan kadang-kadang dibunuh meskipun telah dilindungi oleh undang-undang negara di Arizona. Info lanjut di SINI


Misya : Geli.

3 comments :

nana liena said... Reply To This Comment

hehe..smlm tgk kat NG ada nama binatang ni GILA.. geli juga..hoho

sha dhira said... Reply To This Comment

alahai.. corak badan dia unik gila.. hehe..
cantik tapi berbisa.. :D

Mad Parihh said... Reply To This Comment

singgah dari segmen review blog Rrsya Eyrdina :)

http://blogparihh.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...