expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 5, 2014

Chef Riz nak kahwin kakak Emma Maembong? Saya dah lama tahu..

Salam semua.. Huhu terbaca dalam fb tentang Chef Riz yang bakal menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, tersenyum saya. Hehe. Almaklumlah memang setiap minggu saya bertemu dengan mereka di Elken. Chef Riz memang hebat dalam bisnes Elken hingga meletup-letup income beliau di Elken dengan CBP Plus. Tapi entry ni nak story tentang pasangan ni bakal mendirikan rumah tangga. 

Menurut Media Hiburan: Chef selebriti terkenal, Chef Riz mengumumkan bakal meminang kekasihnya, Shikin Maembong yang juga kakak kepada Emma Maembong pada hari ini (Selasa). 

“Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin. Kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

“Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,” ujar Chef Riz yang dipetik daripada mStar Online.

Dalam pada itu, Chef Riz juga menjelaskan keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

Sementara itu, Chef Riz menambah dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada Disember 2011 namun keduanya mengambil keputusan berpisah pada November 2012.


Actually dorang memang couple. Cuma dorang sangat low profile tak seperti artis lain. Shikin atau kami panggil Baba (nama manja) memang jenis friendly. Dah nampak dah aura-aura pengantin baru, daripada laman fb Baba pun dah boleh agak tak lama lagi dorang nak kahwin ler tuu..


So, wish them all the best and happily ever after! Pasangan yang sweet dan bakal menjadi jutawan di Elken. Amin... Rezeki pengantin baru. Tahniah Chef Riz dan Baba!


Misya : Chef Riz ex-schoolmate saya di Selayang dulu.

4 comments :

mama amir said... Reply To This Comment

Semoga dipermudahkan urusan mereka

Jazz Lover said... Reply To This Comment

First time tengok picture kakak Emma. Heheh. Angel Love Soldier

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

wah..tahniah...

luqman zakaria said... Reply To This Comment

Tahniah for both of them

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...