expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 3, 2014

JDT vs Pahang.. Tak sokong mana-mana..

Salam. Huhu 2 hari lepas berlangsung Piala Malaysia Akhir antara team Johor (JDT) dan Pahang. Anda sokong siapa? Huhu.. Saya tak sokong mana-mana walaupun ibu saya kelahiran anak Johor. Entahlah, saya memang sejak azali tak minat bola. Ada certain-certain time je tengok beberapa perlawanan. One time dulu pernah lah jatuh hati dengan goal keeper Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat tapi lepas prestasi dia menurun then dia pula katanya bersara, terus cam bola jatuh ke tangga ke berapa entah dalam senarai kegemaran di hati. huhu.. Takpela kot-kot bersinar kembali bola sepak tanahair dengan team Malaysia yang lebih power, insyaAllah saya tetap support team Negara. Oh yess!


Apa-apa pun tahniah buat Pahang.. Negeri kelahiran Dato' Siti Nurhaliza yang menang dalam match tersebut. Walaupun family belah mak saya support JDT kow kow, saya hanya memerhati dari jauh. Kesian juga tengok team kesayangan mereka tewas malam tu. Takpe next year cuba lagi. Adat perlawanan ada kalah ada menang.. Apa-apa kedua-dua team adalah terbaik di kalangan yang terbaik. Sebab tu dorang boleh masuk final. Tahniah!!!


Misya : Takut bola.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...