Rumah impian saya di Presint 16, Putrajaya...

Salam semua.. Ya Allah hai.. Rupanya selama ni rumah impian saya tak jauh je daripada tempat tinggal saya sekarang. Beberapa hari lepas, after sharing bisnes di luar, jalan-jalan jap sekitar Presint 16 Putrajaya. Ternampak 1 taman perumahan yang kecil tapi cantik-cantik rumah kat situ. Suruh incik husband belok ke situ nak tengok ada apa di sana. Sebab dari jalan besar tak nampak sangat bentuk rumahnya. Masuk-masuk je kawasan tu, OMG!!!! Thats my dream house!!! Ya Allah hai... Sangat cantik dan besar....! T_T Rasa nak nangis je.. Sebab saya pernah termimpi-mimpi rumah yang sama.

Husband pun terkejut sebab dari jalan besar nampak biasa-biasa. Tapi rupanya besar dan selesa sangat-sangat. Complete dengan pagar (biasa rumah Putrajaya takde pagar) dan taman permainan kanak-kanak. So sweet je suasana dia. Mendamaikan..

Gambar : sumber

Actually ada bermacam-macam design.. Yang 2 tingkat ada, 3 tingkat pun ada. Tapi yang dalam gamba ni the best la for me. Sampai sekarang teringat-ingat. Kena visualize setiap hari supaya aura keinginan kita tu makin kuat dan makin cepat kita dapat memiliki impian kita.


Tahu berapa harganya? Saya try call dan survey around RM1.3juta ke atas.. Masa dia open dulu dalam RM900k camtu so dah naik harga. Mak aihh cepat benar rasanya naik harga sebab baru je taman ni siap if tak silap. Dengar RM1juta, wow mahalnya! Tapi bila difikirkan memang standard la harga sebegitu di kawasan sebegini. Very nice view, rumah pun cantik dan luas. Sangat selesa untuk family. InsyaAllah saya akan usaha lebih lagi dalam kerjaya dan bisnes untuk saya miliki rumah seperti ini 1 hari nanti. Kalau malas, harap makan gaji semata-mata, balik kerja golek-golek depan TV memang duk rumah flat la sampai tua. Kena berubah daripada sekarang! Doakan saya dapat capai impian saya ini. Amin....


Misya : Jangan takut berimpian.


Comments

  1. wow.
    RM1juta.
    kalau tgk pada design n luas rasanya berbaloi nie.
    beli lepas tue kerja dari rumah jer.

    ReplyDelete
  2. good luck.. memang cantik tengok

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya rumah macam ni , rumah impian ina jugak bila dah besar.. Mesti best gila kalau dapat tinnggal dalam satu family then kumpul ramai2.. insyaallah, kak misya boleh dapatkan rumah impian kak misya ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts