expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 4, 2014

Ciri-ciri syarat segmen yang saya suka.

Salam. hehe tengok tajuk macam pelik je kan? Ok, saya ni memang suka join segmen. TAPI bukan semua segmen saya akan join. Sebab saya ni tersangat busy orangnya so saya hanya pilih segmen yang paling mudah dan cepat nak join. Ngehehehe.. So nak saya join segmen anda? Sila pastikan ciri-ciri berikut ada ya.:) [Bajet diva la konon!] :p


1. Segmen yang tak perlu tag-tag blogger lain. Memang bagus tujuan tag ni untuk promote segmen kita tapi benda ni agak menyusahkan bagi saya nak pilih rakan blogger, then nak kena maklum sume tu. Ada tu minta tag ramai blogger. Paling best tak perlu tag!=)

2. Tidak tanya macam-macam soalan atau permintaan yang bukan-bukan. Kadang jenuh nak memikir apa nak jawab dan tulis. Last-last fedup terus cancel join. Ngee...

3. Paling bagus ada code html. Senang sebab copy paste je poop terus entry segment keluar! Pantas!

4. Bila nak tinggalkan link entry segmen atau blogwalking peserta lain, takde letak security password. Benda ni simple tapi kadang-kadang merimaskan sebab melambatkan kita nak komen.

5. Segmen berbentuk copy paste. Tak perlu pelbagai syarat panjang berjela. Kalau anda punyai banyak masa mungkin takde masalah.

6. Kalau menang segmen, penganjur inform kita if menang. Kalau tak kita tak tahu kita menang sebab kadang entry senarai pemenang tu dah jauh ke bawah perginya.

7. Segmen tak melibatkan penganjur yang ramai. Huhu ini memang saya reject awal-awal nak join. Nak kena follow kadang sampai berpuluh-puluh sponsor! Belum disuruh like fanpage dan klik macam-macam iklan. Setakat 1-2 tu boleh tahan lagilah. Segmen gini memang saya tak join. Banyak segmen gini melibatkan givewaway / contest yang ada hadiah. Takpela, saya join segmen nak support sesama blogger bukan nak hadiah..:)

8. Penganjur segmen ada blog yang senang nak loading. Ada sesetengah penganjur agak kreatif, blognya mempunyai lagu, animation berbentuk bunga/daun berguguran, hujan/salji turun, blink-blink, cursor berantai-rantai dan sebagainya. Saya tak kisah sebab tu hak anda. Tapi benda ni wat saya kadang erm takpela close terus. Sebab benda-benda tu kadang wat blog lambat loading then kena tunggu lama. Ada tu banyak benda tak boleh buka sampai ruangan komen pun tak jumpa! 


Ok tu sahaja ciri-ciri segmen yang saya suka nak join. Sebab tu segmen saya join mostly simple-simple je. Sebab tujuan segmen ni untuk support sesama blogger. Bila ada benda-benda tak best buat kita hilang mood nak join. Apa-apa pun teruskan bersegmen ya! InsyaAllah saya join..:)


Misya : Tak suka serabut.



8 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

saya suka yang simple...

Farha Kimah said... Reply To This Comment

betul dah tu...kdg penat nak fikir..sebelom segmen sy mcm susah..tu yg try wat kali kedua bior org suka2 nak join hehe~

Haffizul Iskandar said... Reply To This Comment

Kita sama. Hehehehehhe. Segmen yang simple sahaja menjadi pilihan. :)

sofie adie said... Reply To This Comment

haah...kadang join yg mana simple utk sokong..

Invisible Me said... Reply To This Comment

Samalah :)

BaNu Syah said... Reply To This Comment

setujuuu

mama amir said... Reply To This Comment

Ikut rajin...kadang join jugak yg macam2...kadang amik simple jer...hihi

Eimma FM said... Reply To This Comment

me too. huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...