expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 8, 2014

Impian Maziah Zahir, peminat yang teringin nak jumpa saya akhirnya tercapai...

Salam.. Ngehehe tengok tajuk maybe ada yang nak termuntah kot. Ahakss.. Ni kisah raya Aidilfitri yang baru lepas. Dah basi kot kisah ni tapi semalam saya didatangi seseorang yang saya tak kenali then dia ucap terima kasih banyak-banyak sebab bagi dia inspirasi dalam bisnes. Dan yang paling saya tak sangka dia kata dia PEMINAT SAYA! Wow terus macam aku ada peminat ke? Ngeeee... Terharu pun ada! T_T Tapi saya happy sebab blog saya ni ada pembaca tersendiri dan sebenarnya saya pernah beberapa kali ditegur, akak ni blogger Aimi Syahirah tu kan? Saya follower akak! Huhu terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda. Terus teringat seorang adik ni yang katanya teringin nak jumpa saya.

So yang saya nak story ni bukan peminat di blog tapi peminat cilik merangkap saudara jauh saya sendiri. Maziah Zahir namanya. Saya tak pernah jumpa dia sebelum ni. Tapi rupanya dia suka follow perkembangan saya di facebook. Dia anak buah kepada suami Mak Teh saya. Memang dari segi pertalian darah takde kena-mengena. Huhu. Tapi agaknya kami mempunyai minat yang sama terhadap penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, tu yang serasi tu. Selalu berbalas mesej di fb je. Masa wedding saya pun Maz sedih tak dapat datang.

Raya baru ni Maz tekad juga nak jumpa saya diajaknya Mak Teh saya datang ke rumah saya di Putrajaya. Alahai terharunya saya.. Teringin benor dia nak jumpa saya...!

Dengan sepantas kilat saya menggoreng bihun untuk tetamu istimewa ni! Sorry ya Maz kalau tak sedap. hehe..

Maz, Mak Teh & me.. Berbual-bual panjang kami.. Tak pernah jumpa tapi rasa macam dah lama kenal. 


Berselfie sepuas-puasnya. Ngehehehe..

Comel kan adik Maz ni? Orangnya kurus tinggi. Boleh jadi model tau! Putih melepak. Now dia study di UiTM Shah Alam. So sebagai seorang kakak, saya harap Maz rajin-rajin belajar. Bantu keluarga bila dah berjaya nanti. Kena kuatkan semangat sebab perjalanan Maz dalam kehidupan baru bermula. Susah-senang, jatuh bangun tu normal sebab itulah lumrah kehidupan. Apa-apa pun thanks so much to Maz sebab sudi datang jumpa akak. TQ juga to my Mak Teh sanggup bawa adik Maz ni dari Kuang ke Putrajaya semata-mata nak penuhi impian Maz. Hehehehe.. Love both of u so much!



Misya : Pernah obses kumpul gambar Dato' Siti Nurhaliza.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...