expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 8, 2014

Meraikan Birthday bersama Ayahanda tercinta... Love U Dad!

Salam semua. Bulan September memang bulan yang saya nantikan setiap tahun. Sebab banyak peristiwa best berlaku dalam hidup saya. Salah satunya Hari Jadi! Saya dan ayahanda saya dilahirkan dalam bulan September. So kami anak-beranak memang berdarah Virgo gitu. hehe.. So last time punya celebrate, saya sekeluarga buat surprise untuk ayah. Kebetulan time tu my cousin buat majlis hari jadi anaknya, so tumpang sekaki la kejap kan.. Hehe tq Kak Shaire & Family!=)



Sebelum membuat kejutan..


Alololo comel nya ayah saya! Hehe... Happy Birthday ayah! Alhamdulillah walaupun usia ayah sudah menginjak hampir 60 tahun, ayah tetap cergas dan happy. Ayah tak smoking, rajin bersenam dan buat kerja rumah & tak suka fikir benda-benda negatif. Walaupun dia tak banyak cakap, tapi saya tahu ayah sangat menyayangi anak-anaknya. Jarang marah-marah. Kalau marah pun kadang dia pendam je dan saya tahu ayah simpan banyak benda dalam hatinya. Ayah tak kaya, tak mewah tapi saya tak kisah sebab kasih sayang ayah sudah melebihi segalanya. Sangat-sangat sporting. Kalau dia ada duit lebih, dia tak kisah pun nak spend duit untuk anak-anak walaupun last-last duit dia habis. [Alamak tetiba sebak plak!] Along akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan ayah dan ibu selagi terdaya.. T_T

Hehe.. meriah tak? Siap ada pelamin kat belakang! Ahakss... Anak buah punya buaian berendoi..

Terima kasih ayah! :')

Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah usia ayahanda ku.. Berikanlah beliau kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin...


Misya : 1st time menulis untuk ayah tersayang. 

1 comment :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

wah meriahnya!!! happy birthday...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...