Nasi briyani air tangan sendiri guna perencah Maggi.

Salam semua.. Lapar tak? hehe.. Hari ni entry banyak pasal makanan je kan? huhu.. Siapa kat sini pandai masak Nasi Briyani? Huhu saya tak pandai. Ngeeee... Tapi 1 hari tu gi shopping kat AEON Big, ternampak lah perencah Maggi untuk buat Nasi Briyani. Uish menarik boleh try. Almaklumlah memang saya tak pandai masak nasi briyani. Heh. Dalam masa yang sama memang mengidam nak makan nasi briyani. Dah lama tercari-cari kat kedai mana yang sedap tapi tak jumpa. So tu yang tertarik nak try buat sendiri. Ada pula perencah maggi ni, senang! 

Tarraaaa.... Inilah hasil air tangan nasi briyani saya. hehe. Serius mudah giler! Hanya follow je instruction kat belakang paket perencah Maggi Nasi Briyani tu. Tahu-tahu dah siap. Cuma kalau ikut arahannya kena masak ayam dalam nasi sekali. Tapi saya masak ayam berasingan. Special sikit ayam tu saya wat masak merah. Haa ni memang saya teror. Hehe..

Inilah perencahnya. Memang banyak dah dijual di pasaraya. So kalau anda dah bosan masak benda sama kat rumah, tapi nak resipi yang simple dan cepat, bolehla try perencah ni!


Alhamdulilah husband saya bertambah-tambah makan. Walaupun tak lengkap (takde sayur jelatah), tapi kira sedaplah. hehe.. Honestly perencahnya memang sedap. Plus saya gunakan beras basmathi. Memang rasanya lazat bangettt.. 


So kalau nak try, bolehlah dapatkan perencah ni kat mana-mana kedai. Takdelah bosan masak lauk sama je kan? Tips pemikat suami gitu...;)



Misya : Suami wajib ada cili api setiap kali makan nasi.

Comments

  1. Hehe. Pernah dulu try buat. Rasa dia, sedap gak. Tak ingat mkn dngn apa, member yg buat lauk.

    ReplyDelete
  2. boleh lah fyna try nanti. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam adik akk nk taye pasal.uma kt bandar baru uda. Akk da try cal no yg adik letak tu..tp xdpt. Adik call akt blh.. 0137838324

    ReplyDelete
  4. Salam kenal..singgah blogwalking kat sini :)

    waa nampak sedap sangat..dah lame nak try buat nasi briyani ni.

    ReplyDelete
  5. senang je buat nasi beriyani ni kalau dah pandai... cuma awal2 dia je rumit nak buat...

    http://wargaalam.blogspot.com/2014/12/pot-luck-triathlonis.html

    dalam setahun ada lah sekali dua saya akan masak beriyani ni

    ReplyDelete
  6. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts