expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 4, 2014

Throwback|| Zaman Modelling

Salam semua.. Pagi ni belek-belek entry lama-lama terbelek entry-entry berkaitan modelling yang pernah saya involve 1 ketika dahulu. Terasa rindu pun ada dan rasa agak bangga dengan pencapaian saya dalam bidang modelling dalam tempoh beberapa tahun tu. Bila tengok gamba-gambar photoshoot saya, wow hebat juga saya ni berposing rupanya. Hehehe! 


Bukan apa, saya ni jenis wat yang terbaik untuk sesuatu benda tapi saya tak sedar yang saya dah lakukan yang terbaik. Saya puas hati sebab berjaya ceburi bidang modelling ni dan mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Tak sangka anak campuran Melayu, Jawa dan Minang ni boleh jadi model! Ngeh..:p Tapi takpela, sebagai salah 1 pengalaman hidup paling manis pernah saya ceburi.. Kerana bidang ni la saya lebih peka dengan keyakinan diri, kecantikan dan fesyen.


Saya stop modelling? Yes 90% memang saya kira bersara daripada bidang ni. But still ada 10% minat . Cuma sebab saya menghormati permintaan husband saya yang tak mahu saya teruskan kerjaya modelling maka saya stop aktif. But if ada jemputan untuk photoshoot, saya akan pertimbangkan. Sebab sampai sekarang ada juga yang tanya-tanya nak shoot.=) Tapi depends pada keadaan. Shoot sopan-sopan insyaAllah ok je husband kata..


Tapi apa-apa pun saya berterima kasih kepada mereka-mereka yang beri peluang kepada saya untuk involve dalam bidang ni. Experience yang akan dikenang sampai bila-bila. Buat para newcomers yang minat nak jadi model, belajar la dulu jadi model. Bukan sekadar mekap, pakai baju cantik-cantik dan snap photo. Duit pun banyak habis. hehe..



Misya : Pantang nampak kamera.

2 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

lama jugak tak nampak cik misya catwalk...now dah fully retired ke cik misya?

Liyliz said... Reply To This Comment

besnye .. liz berangan dlm mimpi je lah hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...