expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 27, 2014

Korea Free Trip Part 7 : Elken bagi duit shopping at Yeoju Premium Outlet!

Salam semua.. Wah dah sampai part 7 dah! Nak tengok part sebelum ni boleh klik SINI. Perjalanan dari Alpensi Ski Resort diteruskan ke Seoul pula. Puas main salji now nak ke bandar pula. On the way ke sana, kami singgah di sebuah outlet shopping yang sangat best! Semua barangan branded dijual di sini. Yeoju Premium Outlet.. Siapa giler shopping branded items memang di sini lah syurganya. Dan yang paling best, Elken hadiahkan duit belanja untuk kami semua! Perghhh bestnya trip Elken ni! Penat-penat fight, dilayani VVIP class dalam trip ni. Tq Elken!

Lets go for shopping!

Sebelum itu....

Its time for Check-Out.. Haish bila lah dapat datang sini lagi... Holiday Inn...

Before gerak ke Seoul, sempatlah snap beberapa keping foto di kawasan hotel penginapan kami.. 

Tak sangka dapat angpow from Elken. Huhu..

Dah sampai!=) Jom round melihat apa yang menarik di sini..


Cuaca sangatlah sejuk di luar ni. Terpaksa tumpang masuk mana-mana kedai untuk memanaskan badan. Huhu.








Antara bakal-bakal jutawan di Elken..



Lunch time! Cuaca sejuk, perut cepat lapar... Jom terjah apa ada kat Food Plaza ni..


Menu pilihan saya adalah Cheese Pizza ni. Not bad rasanya. Yela kosong je sebab takde daging/ayam dalamnya tapi kenyanglah juga perut ni. Alhamdulillah..:)

Suasana dalam Food Plaza... Sangat bersih! 

Fuh lega sikit dapat masuk sini. Kat luar sangat sejuk. Huhu... 

Di sini ada pelbagai outlet barangan berjenama disediakan. Memang penat jugalah nak berjalan 1 tempat ni. huhu... So far saya kurang berminat nak shopping di sini. Sebab harganya agak mahal. Al maklumlah branded.. Lagipun brand favourite saya takde kat sini. Huhu.. F. Timber.... Kalau ada, entah berapa ribu akan saya spend kat sini. Ngeeee.........

So, next destination will be in Part 8. Ahakss... 



Misya : Suka story yang ringkas tapi padat.

Tuesday, March 25, 2014

Video : MH370 berakhir di Lautan Hindi yang menyeramkan?

Salam semua.. Selasa yang agak suram... Malam tadi our PM, Dato' Seri Najib mengumumkan flight MH370 yang hilang dari radar masa nak ke Beijing mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Saya dan suami tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan mengakhiri penerbangan itu? Terhempas ke? Mendarat di mana-mana ke? Entahlah...


But lepas on facebook, rata-rata sudah update status takziah kepada keluarga penumpang dan krew penerbangan MH370 serta bacaan Al-Fatihah untuk para penumpang dan anak kapal. Sebak juga di hati ini. Mereka telah benar-benar pergi buat selama-lamanya... :(


Pelbagai persoalan timbul.. Bagaimanakah flight MH370 boleh beralih arah bertentangan daripada laluan asalnya tanpa berkomunikasi dengan manusia di daratan? Wallahualam.. Pelbagai pendapat dikeluarkan oleh pakar mahupun bukan pakar. Apa-apa pun semuanya kuasa Allah swt yang menentukan. Tapi apa yang berlaku pasti ada sebab dan caranya. Lautan Hindi lokasi terakhir MH370 dikesan... Apakah yang telah berlaku sebenarnya?


Beginilah keadaan Laut Hindi Selatan yang penuh dengan gelora dan ombak besar! SubhanaAllah... Bagaimanakah mereka boleh terselamat dalam keadaan sebegini.. Seriously sangat menakutkan lagi menyeramkan...=(



Al-Fatihah untuk semua mangsa MH370.... Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang telah terjadi kepada kalian..

Misya : Takut mandi laut.

Monday, March 24, 2014

Korea Free Trip Part 6 : Main ski, excited but nervous!

Salam semua.. Perghh minah mana plak yang main ski dengan sangat hebat ni? Nampak macam pro gitu. Wakaka.. Itulah saya! Tak bergerak pun masa ni. Huhu.. Sambungan Part 6 trip saya ke Korea bersama Elken. Part 5 boleh baca SINI. Kali ni entry about pengalaman saya dan suami bermain ski di kawasan Alpensi Ski Resort, Korea. Perghh memang takkan dilupakan sampai bila-bila! 


Sebelum main ski, kenalah bersiap sedia dulu dengan pakaian dan kelengkapannya. Tanpa pakaian dan peralatan yang sesuai, boleh mengundang bahaya!

Pakaian kami... Disewa khas oleh Elken.. Mahal baju ni kalau nak beli. Sebab sangat berkualiti. Ada yang cecah ribuan ringgit untuk sepasang sut. Bila kita main ski, ia akan beri kita rasa suam so takdelah kita kesejukan semasa main ski. Jangan lupa google dan snow cap!

My hubby.. Dah macam mamat negro mana entah. Hehe... Tetap hensem di hatiku. Muah3x!^_~

Inilah kasut ski.. Berat dia, perghh sangat berat! Huhu.. 

Before pilih kasut kena ukur saiz kaki dulu. 

Inilah peralatan yang diperlukan. Ski board dan pemegangnya..

Benda alah ni je yang ringan. Wakaka..

Ski board yang sangatlah berat. Nasib baik ada my hubby boleh tolong angkat. Huhu. Tapi memang kena berat pun supaya kita tak susah nak jatuh.



Kelihatan kaunter tempat sewaan ski board dan kasut.. Ramai juga yang nak main ski kat tempat ni.


This is me! Hehe.. Excited + nervous! Wakaka.. 1st time nak main ski.. Masa ni yang tak bestnya tak tahu la why my nose asyik meleleh je air hidung. Terpaksa pakai penutup hidung. Tak tahan sejuk agaknya hidung ni. But nasib baik tak berdarah.

I'm ready for skiing time! Risau takut jatuh. Huhu.. Sekali jatuh susah nak bangun. Dengan kasut dan ski board yang sangat berat tu memang takes time nak bangun if terjatuh. Kena bukak then pakai balik. Huhu.

My hubby sangat excited nak main ski. Last dia main masa kat Canada dulu. Patutla dia teror main. Laju je meluncur dari atas ke bawah tanpa jatuh pun!

This is us! Kesian my hubby ambil masa 1 hour untuk ajar wife nya ni main ski! Wakakaka..

We are ready!






Ok dah penat.. Rest sekejap. Huhu.. Nampak macam best dan senang je nak meluncur atas salji tu. Tapi perlukan teknik yang betul sebenarnya. SIkit-sikit belajar Alhamdulillah saya berjaya juga meluncur dengan baik. Walaupun ada juga jatuh tergolek sekali. Huhu.

3 jam tempoh diberi.. Mainlah puas-puas ski ni. Nampak mudah tapi penat juga. huhu

Inilah peluang nak baring atas salji! Yahoooo bestnya!

Hahaha kelakar je rasa tapi inilah kepuasan yang takkan dapat digambarkan dengan kata-kata! Syukur Alhamdulillah...:)

Dah habis main ski, apa lagi jom jalan-jalan posing di sekitar Alpensi Ski Resort ni. Belakang tu Ski House yang menempatkan sewaan dan kedai-kedai untuk bermain ski.


Huuu so cool! Hidung jadi merah. huhu


Pengalaman yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.. Love Elken so much!

Dinner time!

Menu kali ni special sikit sebab berasaskan seafood.. Ikan sardin sangat sedap!

Steamboat.. Ada udang, sotong, ikan... Best!

Puas gila dapat makan seafood yang sangat sedap!

Di Korea, wajib ada seaweed, kimchi dan sayur-sayur yang lain atas meja setiap kali makan.


Malam ini malam terakhir kami bermalam di kawasan Alpensi ni. Esok kami akan berangkat ke Seoul pula. So, kami spending time jalan-jalan and snap sebanyak mungkin gambar sebagai kenangan.

Will miss this place!

Yippi! Bilalah dapat datang lagi ke sini.. Nak ke sini kena spend money lebih sikit sebab travel agent jarang bawa ke tempat ni melainkan kita yang request nak datang sebab tempat ni jauh dari Seoul dan tourist pun tak ramai datang sini.

Honeymoon yang sangat bermakna buat kami berdua. Hadiah perkahwinan terhebat from Elken!^_^

We're really enjoying this trip! 

Miss you Alpensi!!! 

Next : Part 7

Misya : Mahu main salji di negara lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...