expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 30, 2014

Langkawi Family Day #1 || Terlepas flight!

Salam semua.. Baru-baru ni saya dan family ke Langkawi untuk bercuti. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit dapat bawa family ke Langkawi naik flight. Impian saya sejak kecil mahu bercuti naik flight bersama-sama family tersayang tercapai jua. Yang paling best suami pun ada.:)


Tapi 1st day je dah spoil sikit! Gara-gara kelewatan flight saya dari Penang ke KL, maka saya terpaksa berkejaran dari KLIA menuju LCCT untuk flight ke Langkawi. Dengan jalan jem, then kami parking kereta jauh takde pula shuttle bus nak angkut kami masa tu. Tahan teksi semua taknak berhenti. Kalau tak bawa barang banyak bolehlah menapak. Ini dengan luggage je dah berapa biji kami redah jua jalanraya. Last-last ada juga teksi baik hati tumpangkan kami ke LCCT.

Sampai-sampai je apa lagi, cari kaunter nak check-in beg. Sangat-sangat mencemaskan!! Tapi apakan daya, kami tak boleh check-in luggage sebab dah close! Stress mula melanda... Tapi nasib baik dengan bantuan staff Air Asia yang baik hati, bagi option, luggage yang kecil boleh bawa naik dulu manakala yang besar kena ada sorang yang tinggal dan naik flight seterusnya. Kebetulan husband saya pun stuck dalam jem dari KL so kami decide saya tinggal dulu manakala my parent and 2 adik saya naik dulu. At least nak beli tiket baru takdelah heavy sangat nak bayar. Jadi saya tunggu husband sampai, then my family fly dulu ke Langkawi. Alhamdulillah selesai masalah...  Cuma kena invest sikit beli tiket baru. Ada juga teman nak fly ke Langkawi.. 


Berkejaran my family nak naik flight takut tertinggal. Alhamdulillah mereka selamat menaiki flight dan terus terbang ke Langkawi. Tinggallah saya keseorangan di LCCT menanti my hubby tiba..

Yeay my hubby sudah sampai. Perut sudah lapar, pekena Marrybrown sat.. Sedih juga tak dapat makan dalam flight sebab dah booking. Burn gitu je.. Takpelah daripada semua tiket burn yang penting my family sudah selamat sampai ke Langkawi. 


Nasib baik ada last flight 2 jam selepas tu. Takpelah invest lebih sikit. Memang niat nak bawa family jalan-jalan dan merasa naik flight, so Alhamdulillah tercapai.


So, lepas ni makesure kalau nak ke mana-mana naik flight be prepared seawal yang mungkin. Silap saya juga timing saya naik flight dari Penang ke KL tu patut lebih awal. Urusan kerja punya pasal. Sabar jela.. Petang tu orang balik kerja memang jem giler lah jalanraya sana-sini. Lesson learn. 1st time pengalaman tertinggal flight. Sebab flight ni bukan macam bas boleh suruh tunggu-tunggu. Nantikan kisah family day kami dalam entry seterusnya ya!=)


Misya : Nak bawa family gi oversea.

Lampu vs Paip Air || Rekabentuk unik dan pelik [Foto]

Salam.. Tak sangka lampu dan paip air boleh digabungkan menjadi design yang unik. Walaupun kelihatan pelik tapi dengan daya kreativiti yang tinggi mampu menghasilkan cahaya yang menarik. Yang paling penting lampu tu tak basah dek air! ;) 











Kelihatan seperti air yang keluar dari shower tapi rupanya lampu! Menarik kan?



Misya : Imagination - Law of Attraction.



Amara Guest House Langkawi || Apa pendapat saya?

Salam semua. Kali ni nak review Amara Guest House di Langkawi. Ingatkan kat Korea je ada guest house, rupanya kat Malaysia pon ada. Huhu. Kebetulan saya wat family trip ke Langkawi so, kami booking Amara Guest House ni sebab rate nya murah dan kelihatan selesa. 


Seriously katil dia tersangatlah besar! Bukan King lagi dah rasanya. Boleh guling-guling dari hujung ke hujung. haha. Cuma dari segi bantal, tak syok sebab terlampau lembik dan kecil. Kami minta bantal tambahan tak dapat-dapat. Hope dia wat penambahbaikan dari segi bantal. Cadarnya bersih cuma ada kesan-kesan kotoran degil yang tak hilang lepas dicuci.

Ada meja solek dan TV. Keluasan bilik okla.. Huhu.. 

Dari segi lokasi memang bagus sebab dekat dengan tempat shopping Pekan Kuah. 


Overall untuk family memang sesuai lah sebab ada family room dan harga yang rendah. Tiada breakfast disediakan. Apa yang tak bestnya semua bilik penginapan di tingkat 2. Tingkat 1 ditutup dan tak tahu apa yang ada di tingkat 1. Tiada lif disediakan so kenalah memanjat tangga. Air panas dan iron disediakan di luar bilik. Toilet dan sinki agak kecil. Kena lakukan banyak penambahbaikan lepas ni. 


If nak booking boleh klik www.amara.com.my



Misya : Bersih paling utama.

Cukup 2020 follower, Misya nak wat segmen!=)

Salam..  Tak sangka follower saya sudah hampir mencecah 2020 orang. So far ada 2019 follower. Syukur Alhamdulillah azam tahun ni mahu capai 2000 follower sudah tercapai. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang follow.:) Mana yang sempat saya akan follow balik ya.



So, sebagai penghargaan kepada anda yang follow saya atau pun yang masih belum follow tu, InsyaAllah cukup je 2020 orang follower, saya nak anjurkan segmen untuk anda semua..!=) Simple segment je.. But at least sebagai tanda penghargaan buat anda semua yang support my writing in this blog. Hope saya diberi kesempatan dan ruang untuk anjurkan segmen. :)



Misya : Wawasan 2020.


Blogger Mak Dara kehilangan suami, Matias Ali... Al-Fatihah..

Salam.. Pagi Jumaat ni saya dikejutkan dengan entri Bubblynotes tentang pemergian suami kepada blogger dan penulis skrip drama dan filem yang famous iaitu Mak Dara. Saya ada juga terbaca entri-entry Mak Dara sebelum ni tentang suaminya yang dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Dan akan menjalani operation. Tak sangka secepat itu, suaminya meninggalkan kita semua. 



Walaupun kami tak mengenali satu sama lain tetapi saya selalu join segmen anjuran Mak Dara dan ada juga Mak Dara tinggalkan komen-komen di blog saya. Secara tak langsung memberi ikatan silaturahim antara sesama rakan blogger. Takziah buat Mak Dara dan family... Al-Fatihah untuk arwah suaminya, Matias Ali.. Allah lebih menyayanginya.. Tak sangka rupanya arwah mempunyai masalah buah pinggang dan menghidap kanser darah stage 4! Ya Allah hai.. Penyakit tiba tak kira usia... :(

Status Mak Dara di facebook berhubung pemergian suaminya..

Semoga Mak Dara tabah dan sabar hadapi ujian yang maha berat ini. She is strong woman sebab itu Allah uji sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Takziah sekali lagi... Al-Fatihah...



Misya : Setiap ujian ada hikmahnya.

Thursday, May 29, 2014

Restoran Nelayan Masjid Putra || Masak Lemak Cili Api terbaekkk!!

Salam... Siapa kat sini suka masakan kampung pure punya? Mesti ramai yang suka especially penggemar-penggemar masak lomak cili api tu, meh la ke Restoran Nelayan di food court Masjid Putra, Putrajaya. Sebelum ni restoran ni hanya leh gi di Seremban je. Now dah buka kat Putrajaya memang best giler! Sejak kahwin, family husband saya perkenalkan restoran ni terus jatuh cinta. Sebab lauk dia especially masak lemak cili api memang marvelous!!!

Kalau anda ke food court Masjid Putra ni, turun je escalator masuk dalam bangunan then belok ke kiri terus je... Kedai ni no. 2 paling hujung sekali sebelah Cool Blog.

Lauk wajib saya ambil haruslah masak lomak cili api dan sambal petai. Perghh serius tangkap leleh kalau makan kat sini. Sangat-sangat sedap tau lauk-lauk dia. Berbaloi dengan harga..

Jangan lupa order air. Karang sodap sangat sampai tercekik plak makan. hehe..

My hubby penggemar pedas.. Memang tempat feveret dia. At least kalau anda datang ke Putrajaya, nak makan masakan kampung boleh lah datang sini. Pasti takkan menyesal punya!:)



Misya : Belajar masakan kampung.


Elken Spirulina di mana-mana sahaja!

Salam.. Wow!!! Elken Spirulina berada di mana-mana!! Kini kalau di sekitar Lembah Klang akan terlihat iklan-iklan Elken Spirulina di bas-bas Rapid KL! Meletop-letop lagi Elken Spirulina lepas ni. Saya pun salah seorang pengamalnya. Memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.:) 

Pewittt! Tu diaaa Elken Spirulina bergerak ke sana ke mari dengan bas Rapid KL. Kaedah promosi yang sangat luar biasa oleh Elken. Jenama Spirulina terbaik di Malaysia kini boleh dilihat di mana-mana...

Saya sendiri bila ternampak je bas yang ada gambar Elken Spirulina terus teruja nak snap gambar. Bangga giler rasa sebab saya sendiri menggunakan produk terbaik untuk diri sendiri.:)

Kalu anda nampak ni, percayalah kalau ianya bukan produk terbaik dan terlaris takkan mungkin Elken nak invest untuk promosi sebegini. Only the best from Elken!


Terbukti hasil penjualan Elken Spirulina menyumbang lebih RM700juta!! Semakin ramai orang memilih untuk sihat dengan cara yang betul.. :) MENGAPA??? Baca SINI sebab-sebabnya.


Misya : Ambil 10 biji setiap hari.

SEGMEN : SCHOOL HOLIDAY BLOGWALKING WITH DE'MAHABBAH

Salam.. Jom blogwalking dengan segmen ini! Klik banner untuk join...



Misya : Nak gi bercuti.

Namsan Guest House (Korea) || Apa pendapat saya?

Salam.. Jom ke Korea pula! Nak review tempat penginapan saya dan husband masa kami honeymoon ke Korea tahun lepas secara backpackers. Tempat ni agak femes di kalangan rakyat Malaysia yang bercuti ke Korea. Namsan Guest House.. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandaraya Seoul, Korea. Sangat-sangat strategik berhampiran dengan Seoul Tower, tempat shopping 24 jam iaitu Myeongdong dan stesen tren dan bas. Heaven la dapat stay sini.  

Ada 3 buah Namsan Guest House, so kami dapat yang No. 2 punya... 

Inilah katil a.k.a tempat tidur kami. Hanya di atas lantai. Itu yang specialnya! Lantainya dilengkapi sistem pemanas dipanggil indool system. Sebab time kami datang tu cuaca agak sejuk. Rasa nyaman sangat-sangat bila tidur..

Ada TV, cermin dan hair dryer.. 1 malam rate lebih kurang RM120 if tak silap. Kami stay 4 malam.. If nak stay di hotel tak berbaloi sebab sangat mahal. Macam ni je pun dah cukup selesa untuk kami.

Disebabkan saya pilih bilik VVIP maka bath tub disediakan. Sangat bersih...:)

Kaunter tempat check-in.. Orang Korea ni agak sukar nak berbahasa Inggeris. Nasib baik hubby saya pandai settlekan. Huhu.



Antara arahan-arahan yang perlu dipatuhi sepanjang stay di sini.

Masuk ke dalam belah kanan adalah bilik kami..:)

Namsan Guest House ni comel je tempatnya.. Dikelilingnya adalah bangunan-bangunan rumah, kedai, restoran dan sebagainya. Pagi-pagi, roti. jem dan peanut butter disediakan sebagai breakfast. Bolehlah nak bancuh coffee, milo ke... Mesin basuh pun ada disediakan if anda nak basuh baju. Cuma dari jalan besar nak ke sini kena berjalan kaki dan naik bukit sikit. Tapi cuaca sejuk tak terasa penat langsung. Kami benar-benar rindu dengan tempat ni. Simple place but nice to remember..:) If nak tahu story lanjut kami berbulan madu boleh ke SINI.

For booking, please go to www.namsanguesthouse.co.kr/ind_e.htm



Misya : Honeymoon pertama.

The Katerina Hotel Batu Pahat || Apa pendapat saya?

Salam.. Haa kalau singgah ke Batu Pahat, Johor boleh lah stay di The Katerina Hotel. Rate nya agak tinggi sebab bertaraf 4 bintang. Sebab saya try cari hotel lain semuanya full maka terpaksa juga memilih hotel ini. Kalau 4 stars for sure semuanya terbaik kan? Jom zoom...!

Perghh masuk-masuk je bilik, wow sangat cantik biliknya..! 

Sangat bersih dan kemas. Cuma dari segi lighting agak suram walaupun semua lampu terpasang. Nak bagi efek romantik-romantik gitu....

Bilik air haruslah ada bath tub! Besar dan bersih!

Toiletries semuanya berlambangkan The Katerina Hotel.. Memang superb!=)

Siap ada selipar disediakan.. Kaki ku kecil maka biarkan saja..



So sape-sape yang berminat nak stay sini boleh lah klik SINI untuk booking atau call terus ke nombor dalam gambar kat atas. 


Saya tak dapat explore lebih details hotel ni sebab saya sampai pun dah lewat malam. Esok paginya kena shoot ke JB jumpa business partner. Hotel ni best dan sangat selesa cuma ratenya agak tinggi. Lebih RM200 per night. If stay 1 night ok lagilah. Untuk bermalam-malam, tak berbaloi dengan bajet walaupun semuanya tip top.



Misya : Hias bilik tidur berkonsepkan hotel.

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join..  Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM -
Saya antara yang dah lama follow Eraz. Entry karangan Eraz semuanya simple dan mudah dibaca. Tak terlalu sarat. Antara blogger yang agak femes dan rajin update entry. Cuma dari segi susun atur mungkin boleh ditambah baik dengan meletakkan border atau apa-apa supaya bagi nampak lebih kemas. Apa-apa pun saya respect Eraz sebab ada personaliti tersendiri dalam berblogging.:)

Keistimewaan blog sendiri - 
Nothing special kot. hehe.. Maybe saya rasa blog saya ni warna-warni isi entri-entrinya. Macam-macam ada! Nak tahu tentang beauty, career, business, kesihatan, percutian, kisah family & frens, semuanya ada. So pembaca boleh dapat apa saja info melalui blog saya. InsyaAllah harap dapat membantu sesiapa saja di luar sana yang perlukan apa-apa info.:) 

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..



Misya : Setiap orang ada keistimewaan tersendiri.

Abby Abadi bercerai lagi?

Salam.. Alahai baru saja saya blast entry tentang mohon doakan kebahagian rumahtangga Abby Abadi dan suaminya Farhan yang dikatakan bergolak dalam entry INI, tapi apakan daya takdir Tuhan penentu segalanya. Mereka berdua disahkan bercerai oleh pihak Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jua.. Jodoh tak panjang.. Tapi mana tahu lepas ni mereka rujuk balik, hanya Tuhan yang tahu...


Menurut OhArtis!, suami Abby melafazkan 2 kali cerai dan salah satunya tidak dimaklumkan ke mahkamah. Kes ini akan disebut semula pada Jun ini untuk pengesahan lafaz cerai yang dilakukan oleh Farhan. Berita lanjut di SINI


Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Pasti ada masalah yang terlalu berat menimpa mereka hingga mengambil pendekatan bercerai sebagai jalan penyelesaian. 



Misya : Kuasa Tuhan jangan dibawa main.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...