expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 29, 2014

Bayview Hotel, Georgetown Penang || Apa pendapat saya?

Salam semua.. Haa siapa-siapa nak ke Penang tu dan teringin nak duk hotel yang sangat selesa bolehlah try bermalam di Hotel Bayview di Georgetown. Masuk-masuk je bilik, wow sangat-sangat selesa dan luas! Tapi tak semua bilik luas sebegini. Rezeki saya dapat bilik besar. huhu.. Rate dia agak mahal juga tapi berbaloi la dengan harganya.







Saya ke sini atas urusan berkursus.. So makan minum semua disediakan..



Makanan semua sedap-sedap. Biasalah standard hotel.. Huhu..


Di hadapan hotel...


With all my officemate.. 



Misya : Rumah sendiri lagi baik.


Sah! Alyah dan Ramli MS telah bernikah tahun lepas!

Salam. Melalui MStar, akhirnya terbongkar juga bahawa penyanyi Alyah telah bernikah dengan komposer Ramli M.S setahun yang lalu. Gara-gara diserbu pihak JAIS, mereka gagal menyembunyikan status pernikahan mereka. Rupa-rupanya pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi tentang hubungan akrab mereka sebelum ni telah pun bernikah di Batam, Indonesia secara rahsia lebih kurang tahun lepas.


Alyah dan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh memberi kerjasama sepenuhnya ketika sekumpulan pegawai penguatkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan wartawan Berita Harian menyerbu rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis 28 Ogos 2014. Pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka. - MStar.

Alahai, benda baik buat apa la nak disorok-sorok kan.. Kalau taknak buat majlis sekalipun, tak mengapa tapi bila perkahwinan disorokkan, ginilah jadinya.. Tak pasal-pasal jadi bahan fitnah sampai kena serbu pihak berkuasa. 

Apa-apa pun, kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka. Alyah dahulu pun pernah berimej agak seksi kini tampil berhijab sudah pasti tanda mereka sedang bahagia menjalani kehidupan mereka.


Misya : Kahwin pembuka rezeki.

When my husband become Emcee for Elken's Event.....;)

Salam semua.. Pewiittt! Dats my husband! Incik Amad dilantik menjadi emcee baru-baru ni dalam salah satu event Elken bersama-sama leader kami. Tak sangka dulunya husband saya ni tak berkeinginan pun nak involve dalam bisnes ni bersama-sama saya. Bukan anti tapi takde hati nak buat. Bukan mudah nak pujuk beliau join tapi sebagai isteri, pandai-pandailah gunakan kuasa memujuk dan ambil hati suami. Jangan paksa tapi kena bijak mengawal keadaan. Alhamdulillah lama-lama husband saya faham dan dia kesian tengok saya bersungguh-sungguh wat Elken sorang-sorang. Income pun makin stabil barulah dia involve. Luar biasakk suamiku....!

Muka confident je.. Kelebihan suami saya ni, dia tak pernah rasa takut nak bercakap depan orang ramai. Dia kata nak watpe takut? Cakap jela.. Huhu..

Memeriahkan suasana..

Sesi penyampaian pin Believer kepada mereka-mereka yang komit CBP Plus. Perghhh best tu! Komit je terus dapat award! Belum dapat income lagi tau tapi dah diraikan.

Salah seorang yang naik stage adalah fighter saya Kak Siti Aminah (tudung oren) dan Abang Lan (baju belang-belang).

Tahniah semua Believer! Lepas ni dapatkan pin fighter pula.


Tuu dia my husband beraksi sebagai emcee majlis..

Tak sangka ada bakat suamiku ini. Syabas darling!


Misya : Bakal speaker di Elken.

Memborong di Pasar Filipine Sabah sambil berselfie!

Salam semua.. Huu dah lama nak update entry ni sebenarnya. Sebelum Ramadhan baru ni saya outstation ke Kota Kinabalu Sabah. Apa lagi, tempat wajib yang perlu ditujui adalah Pasar Filipina yang menjual pelbagai kraftangan, makanan dan perhiasan yang boleh dibawa pulang sebagai souvenir. Rambang mata dek! 


Selfie dulu! Hehe..

Bahagian kerepek dan keropok! Antara yang wajib dibeli adalah kuih cincin dan keropok angry bird. Nyum nyum...


Macam-macam ada! Murah dan boleh tawar-menawar lagi.

Orang perempuan kalau datang ke KK ni wajib bawak balik pearl. Murah-murah dan cantik-cantik. Jom shopping!
Syurga wanita.... Borong jangan tak borong!

Kat luar tempat ni ada lelaki-lelaki yang sedang menjahit. Tahu apa dorang buat? Repair seluar jeans. Lelaki tau yang menjahit!

Antara yang sempat saya memborong! Penuh gak 1 beg nak angkut naik flight..

Dah puas shopping? Jom pulang ke KL... 

Saya selalu juga ke Sabah ni. Sebab tempat dia senang je if duduk di tengah-tengah bandar la. Hotel, tempat shopping, makan minum semuanya berhampiran. 

Misya : I love KK.


Kisah 4 orang berbeza.. Selamat, Hari, Raya, Idulfitri...

Salam.. Wah sangat-sangat unik nama-nama orang kat Indonesia ni. Bila digabungkan boleh menjadi 1 tagline ucapan Raya lagi tu.. Agak kelakar tapi benda camni 1 dalam sejuta kita leh jumpa.. Kisah 4 orang yang berbeza iaitu Selamat Hari Raya Idul Fitri....=)


Tak tahula sama ada mereka mengenali 1 sama lain atau tidak. Tapi benda ni memang unik!


Misya : Tak kenal maka tak cinta.

SEGMEN: Kami sayang MALAYSIA by kapas putih

Salam.. Wah segmen kedua dari blogger Kapas Putih. Apa lagi, klik la banner tanda support anda pada kemerdekaan negara!


Tambah 1 syarat lagi kena tepek gambar. Cuma tak tahu gambar kena tema apa. So saya letak la gambar apa yang ada.. huhu..

Apa makna gambar ni? Huhu actually saya declare couple ngan husband pada tarikh 31 Ogos. Berkenalan melalui facebook, kini sudah hampir setahun kami bergelar suami isteri. Full story boleh baca SINI. Alhamdulillah..:)


Misya : Cinta muka buku.

Segmen BlogWalking bersama RedBellas

Salam.. Jom join satu lagi segmen di hari Jumaat ini. Klik banner please..



Misya : 16 September Hari Malaysia.

Segmen: Segmen BlogWalking bersama RedBellas

Salam Jumaat semua.. Jom mulakan dengan segmen menarik ini dengan klik banner di bawah.......


Misya : Kapas pink.

Thursday, August 28, 2014

Mak mertua hadiahkan topi!

Salam.. Hehe tajuk entry agak catchy sikit sebab memang catchy pun story nya.. Hari tu masa hantar adik ipar masuk kolej Matrikulasi, jenjalan kat sekitar kolej ada la booth-booth yang menjual macam-macam. Ada 1 booth tu jual topi! Belek punya belek, terus my mom in law suh amik 1. Dia belanja katanya. Almaklum cuaca masa tu sangat panas. So topi ni dapat bantu lindung kepala dari panas terik matahari. Alahai baiknya mak mertua saya ni.. TQ Mama!=)

Tomel tak? Ada reben gitu atas topi... Kena pulak dengan tudung saya tu kan? Heh.

My hubby pun dapat juga. Dah macam artis!


Misya : Hujan pakai payung.

Bekal makanan dari rumah, suami makin sayang...^_^

Salam.. Alahai husband saya ni pagi-pagi dah start romantik-romantik. Hehe.. Saya ni sejak kahwin memang suka memasak banding makan di luar. So tiap kali masak, mesti bekalkan husband ke ofis. Dari awal kahwin memang dah terbiasa sampai kawan-kawan ofis dia jeles my hubby ada bekal makanan disediakan oleh wifenya. Sebab dorang takde! Hehe...


Pagi ni saya bekalkan nasi lauk sotong sambal dan sayur. Sedap katanya. Alhamdulillah... Berkat air tangan isteri, suami makin sayang. Yang belum kahwin tu belajar-belajar la masak ya. Jangan bagi alasan, takpe dah kahwin nanti leh belajar. Serius takkan ada masa nak belajar time tu. Husband tahu balik rumah penat-penat kerja mesti ada makanan. Walaupun before kahwin dia kata tak kisah, tapi jangan percaya semua tu. Yang dah kahwin, sesekali bekalkan suami pasti dia rasa terharu. Malah dia rasa bangga sebab wifenya yang sediakan makanan.Nak jaga hati suami bermula dari perutnya dulu..^_~



Misya : Bawah perut pun kena jaga!



Nasi Arab di Half Moon Restaurant..

Salam semua.. Haa ada idea nak makan apa hari ni? Now restoran Arab semakin banyak dibuka. Salah satunya Half Moon Restaurant yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Ingatkan tudung je ada half moon. Restoran pon ada half moon gitu.. Jom tengok apa yang saya makan!

Sila pilih menu dulu ya.. Masa kami makan di sini pelanggan agak ramai. So servis agak mengecewakana sebab lambat. Ada tu kami panggil pelayan dia wat dek je. Sabar jela..

Appetizer kononnya... Masa datang sini dengan husband so takkan nak order 2 pinggan nasi Arab? Tak habis punya sebab nasi dia sangat banyak. So amiklah kebab ni 1..

Orang Arab panggil kebab ni sandwich. So jangan rasa pelik kat menu tulis sandwich tapi dapat kebab gini. Huhu..

Yeahhh inilah menu utama.. Nasi Arab ayam.. Serius nasi dia sangatlah banyak. Tapi sedap!

Kuah a.k.a sambal.. Rasa bawang putih dan garlic. My hubby tak puas makan sebab takde rasa pedas langsung. Huhu


Manisan... Mula-mula ingatkan lembut benda ni. Rupanya keras tapi rangup. Orang pakai braces macam saya ni nak gigit makanan camni agak payah. Takpela yang penting sedap. Huhu..


Ok kalau nak try ke restoran ni boleh je.. Bagi saya nasi Arab mana-mana pun sama je.. Tak pandai nak rasa-rasa makanan ni. huhu..


Misya : Imagine dapat anak muka Arab.


Segmen Ambang Merdeka by Blogger Mya & DNIA House

Salam... Yeahhh Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom join segmen ini dengan tekan banner kat bawah ni..^^


Misya : Dah lama tak celebrate Merdeka.

Bloglist September & Oktober by FatihahFazlin

Salam.. Jom-jom klik banner untuk join!!


Misya : Cepat siap.

Segmen Pencarian Bloglist By Miya Amira

Salam. Very da simple segmen! Jom klik banner untuk join...


Misya : Takde masa nak anjur segmen.

Bloglist Kemerdekaan: Bersama Pokok Manggis Depan Rumah

Salam.. Erm mendengar nama blogger ni pun agak unik sebab menggunakan nama pokok buah manggis. Pokok Manggis Depan Rumah... Saya memang suka manggis! Huhu. Ok-ok balik pada entry segmen, jom klik banner untuk join..



Misya : Pernah panjat pokok mangga.

Reviewed by Mawar Putih

Salam semua. Wah happynya saya pagi-pagi on blog dah dapat review dari penganjur segmen yang saya join sebelum ni iaitu Mawar Putih. Review yang simple tapi sweet!=) Nak tahu apa kata Mawar Putih tentang my blog? Jom klik gambar bawah ni..


TQ Mawar Putih for this sincere review.. Hope Mawar terus success dalam dunia blogging.=)

Ni gambara raya saya.. Dalam entry segmen sebelum ni lupa nak letak sekali. Hehe.. Full entry raya boleh klik SINI.


Misya : Tidak mengharapkan pujian.

Wednesday, August 27, 2014

Lawak! Koleksi foto throwback terbaik Versi 2!

Salam.. Musim raya baru ni ramai yang create gambar throwback. Saya pernah share dengan anda dalam entri INI. Yang tu gambar manusia tapi kali ni haiwan pun nak throwback juga! Kelakar dan agak menyentuh jiwa pun ada. Huhu.. Jom tengok!

Alololo so sweet... Kecik-kecik kurus kering. Dah besar, gemok! Geram pun ada..

Aduhai cumelnya! Bulu makin gebu...


Hehe ni tak tahu betul ke tak.. Rupa semua sama je kan...

Ahaks.. Ni tak leh wat pe dah ni... Sodap dimakan..

Oh ni gambar raya dorang. Now dah jadi rendang masuk perut jadi... Oops!;)


Ahha! Nak throwback sangat kan?? Hihihi.... 


Misya : Belajar daripada pengalaman lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...