expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 25, 2014

Abby Abadi ada 'buah hati' baru?

Salam.. Wow, belum reda kisah tuntutan hutang Abby Abadi terhadap bekas suaminya, kedengaran pula berita dikatakan Abby ada buah hati baru. Siapakah itu? Buah hatinya tu merupakan seorang Ustaz! Alhamdulillah jika benar dikata. Siap buat surprise birthday party lagi untuk 'buah hati' yang diperkatakan itu. Cerita penuh boleh baca di myartis.com


Kelihatan Abby sangat happy meraikan birthday Ustaz Khairul Azli. Siap ada belon berbentuk love lagi tu. Ahaksss..

\

Tapi yela, berita-berita gini tak boleh main sergah gitu je kan. Sahih ke tak, wallahualam.. Tapi jika benar, apa salahnya. Abby pun dah melalui pelbagai keperitan hidup tapi tetap tabah. Mungkin Ustaz Khairul Azli pasangan hidup terakhir Abby, sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka..


Misya : Pilih calon suami yang sentiasa merendah diri.


Berita Kenaikan Gaji 2015 Kakitangan Awam adalah PALSU!

Salam.. Huhu terkejut bila terbaca tajuk artikel tentang pengumuman kenaikan gaji tahun 2015 kakitangan kerajaan yang tersebar di dalam media sosial facebook! Saya sendiri pun penjawat awam, of course rasa teruja dengan berita ni. Ahakss.. Tapi dalam hati dah agak, ini mesti rumor semata-mata. Selepas diselidiki melalui Berita Semasa, sah ianya khabar angin sahaja! Huhu kecewa para penjawat semua kan? Takpe CBP Plus kan ada.. Hehehe..


"Hakikatnya, selepas semakan Berita Semasa terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka." -Berita Semasa

Selanjutnya baca di SINI.

Actually secara peribadi, saya sendiri dah tak confident dengan kebajikan penjawat awam. Dengan berita Bahagian Pinjaman Perumahan akan ditutup, GST akan dikenakan start 2015, tiada bonus dan pelbagai dasar serta polisi terhadap kakitangan kerajaan, membuatkan saya alahai baik kerja swasta, lebih kurang juga. Bezanya government kelebihan dari segi medical. Kalau ada duit, tak perlu bergantung pada hospital kerajaan, betul tak? So, mindset kena buka sebab banyak lagi peluang di luar sana. Yang masih berat punggung membesar-besarkan badan atas kerusi 'empuk' kerja kerajaan tu, jom CBP Plus!

Misya : Mana-mana pun ada risiko.

Stereng kereta yang pelik dan unik!

Salam.. Ahha tiba-tiba dapat idea nak share dengan anda tentang beberapa jenis stereng kereta yang pelik dan unik. Memang agak pelik saya nak share kat sini tapi takpela, mungkin anda boleh berfikir macamana stereng sebuah kereta boleh direkabentuk macam-macam rupa sampaikan rasa boleh drive ke dengan stereng begitu? Jom tengok..

Wow! Macam kapal angkasa...

Mana 1 driver nak guna?


Bahaya ni terleka layan chatting, entah mana-mana stereng bawa.

Huhu semua meter leh tengok sekali.

Dah macam timing belt!

Erk! Ni macam nak bunuh diri terus!

Perghhhh kereta masa depan.. So nice!

Semua button ada!

Ni kereta ke kapal terbang?

Ahakss.. Don't drink during drive..

Sekali imbas macam pistol.

Ala-ala main Playstation...

Uish, ini macam handle basikal.. Stereng bot kot..


Misya : Membayangkan kereta masa depan tiada stereng. Semua auto by computer.

Dulu Benci TAPI Rindu.... 20 tahun, 102 jutawan!

Salam.. Setiap orang hot button nya berbeza-beza. Ada org mencari-cari sebab kenapa dia kena buat. Ada orang bila dah terpaksa atau berlaku kejadian tak best dalam hidup baru nak buat. Dah terhantuk baru nak tergadah. Ada orang yang peluangnya datang depan mata tapi ada yang menghina, mengejek, mempersendakan, tangan dihulur untuk beri bantuan tapi dipandang sebelah mata dengan sinis. Ada tu terus dipulaukan sampai dibuang family, hilang kawan tak bertegur sapa! Tapi tak mengapa, ini bisnes kasih sayang..


Percayalah dengan kekuatan kasih sayang dan semangat pasukan angsa laut, pastinya orang di luar sana merasa terpaksa untuk buat. Mereka taknak sekarang bukan sebab tak mahu tapi sebab dia tak faham dan masih mencari-cari KENAPA dia perlu buat. Itulah namanya Benci TAPI Rindu, Malu TAPI Mahu..;) Kalau anda sudah nampak peluang, buat la sebelum peluang berlalu begitu sahaja dan hidup anda masih di 'situ'. Cepat atau lambat bukan penentu tapi sejauh mana anda bertahan. Ini bukan bisnes Skim Cepat Kaya atau Mengkayakan Orang Atas, lepas 2 tahun hot terus melingkup. Sebab yang baru 2 tahun buat pun dah jadi jutawan sedangkan Elken dah 20 tahun melahirkan 102 orang jutawan! Tiada istilah, orang yang dah lama join bolehlah jadi kaya, pasaran dah tak luas, takde siapa mahu. Silap anda fikir, ke laut anda nanti. Jayakan rangkaian, banggakan leader. Build you to build others! Oh yessss!!!




Misya : Bodoh, belajar. Tak tahu, tanya.

Wednesday, September 24, 2014

Cabaran beli lemak Sensualite dilanjutkan sehingga November 2014!!!

Salam semua.. Wah cabaran beli lemak oleh Sensualite diteruskan sehingga November 2014!! Beli lemak?? Yap, kalau anda ada lemak-lemak yang berlebihan tu, jom jual ! 5kg bernilai RM300dp. Dengan syarat, dapatkan pakej pemakanan Sensualite yang disediakan! Info selanjutnya klik SINI.





Wah, yang paling best siap boleh vote secara online lagi tu! Special untuk mereka-mereka yang dah berjaya dalam cabaran sebelum ni. Perghhhh dah macam artis! Badan slim, baru boleh bergaya!=) Antara pemenang-pemenang cabaran Sensualit sebelum INI.

So macam mana nak join? Tengok SINI cara-caranya.


Misya : Lemak sudah mencukupi. Just nice. ^_^


Thursday, September 18, 2014

Pil gugur kandungan dijual berleluasa!!

MasyaAllah.... semakin maju teknologi sekarang, semakin banyak pula benda-benda tak elok terjadi. Tak sangka ada juga peniaga online menjual pil menggugurkan janin! Ya Allah hai.. Apa nak jadi manusia zaman sekarang ni? Kiamat semakin hampir... Aduhai...


Di luar sana punya ramai pasangan suami isteri menantikan kehadiran zuriat dalam keluarga mereka, tapi ada juga manusia-manusia sebegini menggalakkan pengguguran bayi. Yang menggunakannya tak tahu la kenapa nak digugurkan kandungannya. Saya sendiri try search betul ke ada peniaga-peniaga online di facebook yang menjual produk sebegini, rupa-rupanya ramai juga!


Dari segi undang-undang adakah dibenarkan? Wallahualam... Tapi kalau benda ni salah, diharapkan pihak yang berkaitan please ambil tindakan. Tak pasal-pasal bayi yang tak berdosa dibunuh tanpa belas. Allah hai...

Misya : Honeymoon setahun.

Latest price of DX Verve!

Salam semua.. Huhu dah lama tak story tentang DX Verve.. Ahha apakah itu DX Verve? Sejenis pakaian dalam terbaik di dunia keluaran Elken. Dah pernah pakai? Jangan beli 1 je, beli lah 2-3 pasang sebab baju dalam kan pakai sampai tua.. ;)  Jom tengok apa update terkini tentang DX Verve!

Latest price untuk loose piece! Kalau nak beli asing-asing pun boleh...






Ahha nice kan? Thanks to IanSham for this photo. So untuk anda yang nak try free-fitting, cer sms/wasap ke 016-9561764.


Misya : Hadiah untuk diri sendiri.

Tiba-tiba blur selepas lama tak update entry!

Assalamualaikum semua....... Ya Allah hai lama giler saya tak update entri-entri dalam blog saya ni. Jenguk-jenguk tapi tak sempat nak mengarang ayat. Akibat dah lama tak update, bila nak start balik alamak blurrrrr mula menyerang. Apa nak start ek? Aduh tetiba takde idea. Blank gitu.. Walhal dalam masa tak update tu macam-macam dah rangka dalam otak ni utk diisi dalam blog ni. Huhu tapi tetiba tak tahu nak start dari mana. Terlalu banyak nak dikongsikan sampai jadi blank jap. Apa-apa pun saya tetap akan berblogging. Alhamdulillah walaupun lama tinggal masih ramai pembaca-pembaca setia saya yang menerjah blog saya ni. TQ so much!=)



Blank campur blur.. Gini ler jadinya. Huhu.... DOnt worry sel-sel otak ini akan berhubung dengan sepenuhnya jap lagi. See u in the next entry. Muah!;)


Misya : Zerorise.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...