expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 31, 2014

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Tuesday, December 30, 2014

Jangan buang barangan elektrik yang rosak akibat banjir!

Salam... Tips superb dari pengalaman seorang mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan eletrik dapur dan lain-lain perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah.... Tapi jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang! 



Ingatlah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air.... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus eletrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So, berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan-peralatan itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.


Apa harus anda buat.....?

1. JANGAN SESEKALI CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK!

2. Kumpul semua peralatan eletrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS, JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YANG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan eletrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga. [WOW AMAZING!]

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN ELETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Hope tips ni dapat membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru....

Carian Bloglist 2015 (Januari-Mac) by Nunu Nonsense

Klik untuk join
Azam tahun baru 2015 : Ada banyak... Hehe... Antaranya dari segi kewangan, mahu ada saving RM50,000.00 dalam bank. Untuk family, nak tambah bilangan ahli - bagi ayahbonda cucu. Ahakss... Incik suami nak kereta baru, insyaAllah Mercedes C-Class in the list. Nak beli rumah sebuah dan nak bawa family bercuti / umrah. Doakan ya azam saya ni tercapai. Tiada yang mustahil dengan CBP Plus!=)


Misya : Belum buat papan impian tahun 2015.

Monday, December 29, 2014

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura MazlanK

Klik banner untuk join

Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP

Klik banner untuk join

Jangan cuai! Nyalakan lampu kenderaan anda pada waktu berikut!

Salam semua.. Today i want to share some tips bila waktu sepatutnya anda nyalakan lampu kenderaan anda. Saya tak sure why orang Malaysia susah nak nyalakan lampu kenderaan di tempat yang sepatutnya dinyalakan. Jimat bateri ke? Atau tak tahu nak nyalakan lampu kereta nak tekan butang apa? Atau memang tahap pengetahuan anda bahawa lampu kenderaan hanya perlu dinyalakan pada waktu malam sahaja? Baik driver lelaki atau wanita sama saja. Dan banyak kali saya hampir-hampir nak accident gara-gara kecuaian mereka. So, mari saya share bilakah waktu yang betul dan wajib untuk anda pasang lampu kereta/van/lori/bas/motosikal anda...


1. Waktu malam - Haa ni memang sah-sahlah sume dah tahu dan faham. Malam memang gelap walaupun ada lampu jalan tapi tak cukup untuk kita nampak lubang-lubang atas jalanraya. Dan belum tentu kenderaan lain nampak kita. Biasanya motor yang selalu ada masalah nak nyalakan lampu. Tapi kereta pun ada juga yang tak pasang lampu waktu malam! Tak tahulah sama ada terlupa atau apa. Tapi ikut logik nampak ke dia drive tanpa lampu? Kadang saya pelik, tak pernah check ke lampu depan dan belakang sebelum memulakan perjalanan? Kalau tak setiap hari pun setiap minggu luangkanlah masa untuk check. Jangan bahayakan orang lain diri sendiri..

2. Waktu hujan - Yang ni memang ramai gagal buat. Saya walaupun hujan renyai-renyai at least saya pasang lampu kecil. Sebab bila hujan, pandangan terbatas kerana air hujan membasahi cermin kereta.. Especially bila kita nak masuk lorong kiri atau kanan, bila anda tak pasang lampu, serius memang tak nampak! So jangan salahkan orang lain kalau ada yang tiba-tiba masuk lorong secara tiba-tiba di hadapan anda time hujan. 


3. Waktu malap (Pagi/Petang/Mendung)- Ini bergantung kepada keadaan. At least pasang lampu kecil untuk bagi alert kehadiran anda di jalanraya.

4. Dalam terowong - Ahha ni saya pasti tak ramai tahu walaupun dalam terowong yang lampunya terang benderang, tetap kena pasang lampu. Sebab terowong hanya sehala je. Kadang orang berdesup je tekan minyak sebab terowong jarang berlaku jem. Tapi kalau anda pasang lampu at least orang yang tengah memecut kat belakang anda tu alert dan akan slow kan kenderaan.

4. Basement parking - Haaa ni pun ramai tak tahu. Alhamdulillah disebabkan saya sentiasa pasang lampu setiap kali masuk parking basement, saya terselamat daripada dilanggar mahupun melanggar orang lain. Yang buat saya geram tu dahlah tak pasang lampu, lepas tu laju je dia tekan minyak! Sebab di basement parking ada banyak tiang dan kereta yang sedang diparkir. So, kadang tak perasan kereta tu bergerak ataupun tidak especially yang datang dari simpang/hadapan.

5. Jerebu/kabus tebal - Ni commonla. Kalau jerebu, mesti  diwar-warkan supaya sentiasa pasang lampu kenderaan. Kalau kabus je kadang orang tak alert. Dua-dua tetap mengaburi pandangan mata kalau anda tak pasang lampu kenderaan anda. 

6. Cuaca buruk/Salji - Yang ni bese negara bermusim la yang alami. Terutama waktu snowing. Ala-ala hujan juga. Kalau tak pasang lampu memang saja cari nahas la kan. Huhu.. 


So, saya harap tips saya beri dapat anda gunakan sebaiknya. Banyak driver yang terlupa atau buat-buat lupa nak pasang lampu ni memang wanita. Kadang saya geleng kepala bila jumpa driver sebegini. Bukan sebab nak selamatkan diri saya tapi kalau tak langgar saya, takut ada kenderaan lain langgar dia. Jadi berhati-hati lah ya. =)


Misya : Camne feel drive belah kiri?

Cuti sekolah lanjut sehingga 11 Januari 2015

Salam.. Disebabkan negara dilanda bencana banjir besar maka Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin mengumumkan cuti sekolah dilanjut seminggu di mana sekolah akan dibuka semula pada 11 Januari 2015. Berikut adalah kenyataan rasmi beliau:


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.



Misya : Risau dengan penyakit kencing tikus.

Meriahnya Muslimah Beauty Workshop yang pertama!

Salam semua.. Kalau siapa masih ingat dan terbaca entry saya sebelum tentang jemputan ke program Muslimah Beauty Workshop (MBW), Alhamdulillah telah berjalan dengan lancar pada 14 Disember 2014 yang lalu. Hampir 30 orang peserta menyertai MBW ni. 



Actually ni program suka-suka yang saya with my team jalankan untuk memberi pendedahan kenapa dan bagaimana seorang wanita Muslimah masih boleh menjadi cantik, sihat, kaya dan bergaya. Sebab kebanyakan wanita Muslim hanya jaga penampilan di waktu muda. Selepas kahwin, penampilan diabaikan dan sebab tu terjadi kes-kes/masalah rumah tangga. Dengan rasa tanggungjawab, kami nak beri kesedaran kepada para wanita Muslimah bahawa penampilan itu penting. Perlu bergaya tapi dengan cara yang sopan.
Bagaimana? Kena lah datang next MBW ya!=)






Sesi Forum bersama-sama 2 wanita besi. Kak Yati dan Kak Tun.. Kak Yati bekas peniaga pernah jatuh muflis sampai hilang segala-galanya. Kak Tun seorang ibu tunggal, anak 5 orang, kehilangan suami akibat kemalangan. Mereka berkongsi kisah hidup mereka yang pernah down, kemurungan yang teruk tetapi setelah bertemu dengan peluang di sini, kehidupan mereka berubah 360 darjah! Lebih berkeyakinan, mampu membantu dan menyara keluarga, dan yang paling penting dahulunya totally mengabaikan kecantikan dan penampilan, kini sangat-sangat luar biasa pecapaian mereka.

Sebak mendengar kisah 2 orang wanita gigih ini.




Sesi bagaimana memilih dan memakai pakaian dalam yang betul. So far inilah salah satu kelebihan MBW. Mana ada kursus kecantikan yang mengajar kaedah-kaedah pemakaian baju dalam iaitu spender dan bra!;)



Masing-masing beratur nak belajar secara personal dengan para facie tentang camne nak pakai baju dalam yang betul.


Slot bersama Bella.. My biz partner berkongsi tentang kecantikan dalaman. Segalanya dibongkarkan dalam MBW!



Meriah kan? Yang penting kami adakan workshop ni secara PERCUMA!!

InsyaAllah untuk tahun 2015 sudah tersedia sesi-sesi MBW yang lagi mantop! Get ready ya!



Misya : Cantik tak semestinya baik. Tapi baik semestinya cantik.

Saturday, December 27, 2014

Tamat sudah... Segmen : Nak join bloglist Misya 2015!

Salam semua. Alhamdulillah tamat sudah segmen pencarian bloglist Misya untuk tahun 2015.. Tq so much kepada semua yang sudi join segmen saya ni. Total 31 orang yang join. Alhamdulillah... Siapa yang akan terpilih masuk dalam bloglist saya nanti? Tunggu malam tahun baru saya akan announce! Jeng-jeng-jeng...;))



Misya : Cari idea segmen baru.

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK


Wednesday, December 24, 2014

1st experience shopping di GO SHOP TV - beli tudung JelitaSARA.

Salam semua. Pernah tak anda membeli-belah di depan TV tanpa keluar rumah? Ahha bese kita dengar orang shopping online kat facebook je kan? Terbaru channel TV yang berkonsepkan home shopping telah dilancarkan! Siapa yang melanggan astro boleh ke channel 118. Saluran Go Shop ni special untuk mereka-mereka yang suka shopping tapi malas nak keluar rumah. 

1st time saya terjenguk channel ni sebab tertarik dengan satu produk yang ditawarkan iaitu koleksi hijab daripada JelitaSara. Buka-buka je Go Shop ni terus wow, cantiknya tudung-tudung yang dijual. Yang paling best  ada offer beli 3 helai percuma sehelai dengan harga tak sampai RM200 pun! Free postage plak tu! Apa lagi, cepat-cepat dial no. fon tertera and buat pembelian. Sangat mudah!

Inilah channel Go Shop. Masa ni ada penyanyi Farah AF yang menjadi tukang jurucakap produk. Memang saya suka lah konsep home shopping yang dipaparkan oleh Go Shop ni. Sangat fresh!

Tertarik dengan offer RM199 untuk 3 helai free 1 tudung yang sangat cantik, maka saya pun terus beli. hehe.. Saja nak try ok ke tak shopping kat Go Shop ni.


Dalam masa 5 hari parcel saya pun sampai.. Excited sangat-sangat sebab ni 1st time shopping melalui TV channel. 

Nice box! Pink color giteww...

Yeayyy semua tudung dah sampai. Happy nya saya!  Boleh lah melaram dengan tudung JelitaSARA lepas ni...

Sempat try-try dulu.. Sama tak macam kat TV?  Ngeee..


Overall saya berpuas hati dengan servis Go Shop ni. Now Go Shop tengah giat mempromosikan channel dorang. Daripada survey yang dilakukan semua suka dengan adanya channel Go Shop ni. Actually di luar negara, tv home shopping ni dah lama ada sampai ada produk yang dapat sales mencecah ribuan ke jutaan untung. Malaysia baru saja nak bermula. Bukan saja tudung, macam-macam barang dijual di Go Shop ni. Ada barang elektrik, kosmetik, perkakas rumah dan sebagainya. Akan datang kedai semua tutup. hehe... Tagline Go Shop : Ada TV, boleh beli!



Misya : Ada duit semua boleh beli.


Selamat Pengantin Baru Chef Rizz & Shikin Maembong!!

Salam semua.. Seperti yang telah diketahui, Chef Selebriti Malaysia iaitu anak kepada Chef Wan, Chef Rizz telah pun selamat bernikah baru-baru ni dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong (Baba). Tahniah buat mereka berdua! Every week memang saya akan bertemu dengan dorang berdua ni. Almaklum, kami sama-sama menjalankan bisnes Usahawan CBP Plus. Luar biasa kan dorang ni? :)

Yang paling saya salute, gambar ni diambil baru 3-4 hari selepas dorang bernikah! Pengantin baru tetap datang belajar bagi memantapkan bisnes.

Beberapa jam sebelum bernikah..


Majlis akad nikah dan sanding yang simple but sweet. 


Nak tahu tak semangat dorang dalam menjalankan biz ni sangat mengagumkan. Malamnya nikah, tak habis penat esoknya terus ke Ipoh join event Elken di sana! Perghh.. tak sempat malam pertama pun lagi! Wakaka... 



Demi menjayakan rangkaian, Chef Rizz labur 15 tiket untuk event di Ipoh. Luar biasa betul semangat dorang ni.

Apa-apa pun saya dan suami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Chef Rizz & Baba. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Anak dorang mesti comel nanti sebab Baba ni kacukan omputeh dari mak nya. Bertambah besar family Maembong lepas ni. 



Misya : Zizan dengan Emma Maembong bila lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...