expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 13, 2015

17 sebab orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin.

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Kenapa zaman sekarang semua orang berebut tak kesudahan nak berniaga kalau boleh dari rumah guna laptop sambil goyang kaki?

Anda ingat senang?


Saya belajar dengan cara yang susah. Saya train minda saya. Yes memang ambil masa yang lama untuk saya belajar apa itu yang di maksudkan FOCUS seperti mata tajam burung helang.

Tapi saya push diri saya. Cuba bagi tahu saya. Siapa yang tak nak lifestyle dengan passive income? Travel satu dunia, duit tetap masuk. Reality memang dah ramai pun orang kerja macam ini. Cashflow 5 angka masuk setiap bulan.

Berapa ramai yang “NAK”? Tapi berapa ramai juga yang hanya sekadar “NAK” tanpa bertindak seperti orang yang benar-benar “NAK”.

Kenapa benda ni berlaku?

Sebab semangat ENTREPRENEURSHIP itu tiada dalam jati diri. Sebenarnya-benarnya mereka hanya berfikir seperti “NAK” jadi usahawan, tapi mereka sendiri masih keliru. Mereka terlupa akan sesuatu yang lebih unggul dari seminar-seminar yang kini bersepah tak cukup kira pakai jari.

Mereka tidak berfikir dan bertindak 500% seperti orang yang dah benar-benar berjaya.

Hanya mencari peluang, tapi belum benar-benar menjiwai ENTREPRENEURSHIP memang tidak akan kemana2.

Itu semua nanti jadi abu selagi INNER STRENGTH pun masih longlai.


Dalam blog post ini, saya akan tekankan cara-cara berfikir seperti orang kaya. Nak kaya? Betul nak kaya? Betul-betul nak berubah untuk jadi kaya? Betul-betul baca blog post ini dan fahamkan.

Tanya diri sendiri kenapa aku masih belum berjaya… ZERORIZE IS KEY !!!

1. Orang kaya akan cakap “aku yang resposible untuk tentukan macam mana aku nak hidup”. Orang miskin akan cakap “rezeki tiada, atau cukup la sekadar apa yang dah di beri”.

Orang miskin sentiasa akan blame orang lain, benda itu ini yang menjadi penghalang impian. Sentiasa mencari alasan tak habis-habis.

Enough!

Orang kaya sentiasa take charge of the situation! Become the alpha! You are lions.

2. Orang kaya akan invest duit untuk menang. Orang miskin akan simpan duit sebab takut nak kalah.

Penakut walau macam mana besar suara, sentiasa penakut. Kalau takut nak labur duit dengan ilmu dan perniagaan, jangan berniaga. Sebab nak berniaga mesti ada kedua-dua sekali. Ilmu itu wajib. Saya sanggup spend berpuluh ribu untuk ilmu, sebab saya yakin, pulangannya bukan sekadar duit tapi lebih dari itu. Cahaya kehidupan.

3. Orang kaya bagi 500% commitment untuk jadi kaya. Orang miskin sekadar nak jadi kaya.

Hanya pandai berkata-kata. Tapi tindakan, seperti air di dalam bekas yang berdebu. Nak kaya, tapi pemalas. Dah pemalas, jangan harap nak jadi kaya.

4. Orang kaya sentiasa berfikiran besar. Orang miskin sentiasa berfikir kecil.


Ataupun dengan kata lain, orang kaya sentiasa berfikir tentang impian. Orang miskin, hanya pandai berfikir masalah. When your dream is bigger than problems, you won’t have a problem.

5. Orang kaya focus pada peluang. Orang miskin focus pada halangan.

Peluang dah ada di depan mata tapi masih lagi berfikir “kalau tak jadi nanti macam mana…”

Nampak?

Belum buat pun lagi dah ada halangan then bagaiman nak berjaya? Tak cuba macam mana nak tahu?

Ini category minda paling lemah. Saya advice tengok cerita In Pursuit Of Happiness. Lakonan oleh Will Smith. Superb movie.

6. Orang kaya sentiasa jadikan orang yang lebih kaya sebagai idola atau peminat setia. Orang miskin angkuh, berlagak, dan sombong walaupun tak sedar diri dia miskin.

Mindset orang macam ini sebab mereka belum benar-benar Zerorize.

7. Orang kaya sentiasa bekerjasama dengan orang yang positive dan berjaya. Orang miskin, takut nak bergaul dengan orang yang berjaya.

Maka mereka pun bergaul la dengan orang sama level. Kalau dah sama level, sampai bila nak improve diri? Pelik kan manusia? Berkawan dengan orang buat RM1000 sebulan, kita pun buat RM1000 sebulan.

Common sense. Choose your friends wisely. Ini rahsia… SHHH jangan bagi tahu orang lain.

Nampak tak? Senang kan nak berjaya?

8. Orang kaya sentiasa cari jalan bagaimana nak promote diri sendiri untuk contribute value to the society. Orang miskin akan sentiasa fikir aku takut nak menjual dan buat promosi.

Takut nanti apa orang lain akan cakap. Then bagaimana nak berniaga kalau tak nak buat promotion?

All successful people are the BRAND. Nak berjaya mesti stand out from the crowd.

9. Orang kaya lebih besar dari masalah. Orang miskin lebih kecil dari masalah.

Inilah masalah kekebalan. Nak jadi kebal, diri sendiri mesti lali dengan apa sahaja masalah di depan. Tak kira masalah apa pun. Kalau kita rasa kita bawa kancil, memang kita bawa kancil la jadinya. Confirm tersekat kat sempadan Thailand. Orang lain dah naik kereta kebal pergi berperang.

Sebab mereka kebal. Bagi orang yang dah berjaya, masalah itu small pieces yang boleh di baham waktu sarapan pagi.

10. Orang kaya seperti sponge. Sentiasa menerima. Orang miskin rasa diri dia dah cukup bagus.

Cawan penuh cawan bocor. Tapi miskin tak kesudahan.

Orang kaya sentiasa nak lagi dan lagi dan lagi. Tak pernah cukup.

11. Orang kaya nak di bayar berdasar kan result yang mereka dapat. Orang miskin pilih untuk di bayar mengikut masa.

Sumber rezeki datang dari perniagaan. Bottom line, orang nak RESULT.

Masa yang terlalu banyak tapi miskin tak guna juga. Sebenarnya sebab terlalu banyak masa itulah anda masih lagi miskin.

Orang kaya sentiasa penuh kan hari-hari mereka dengan ACTION.

12. Orang kaya dia akan cakap “kedua-duanya sekali”. Orang miskin akan cakap “sama ada ini atau itu”.

13. Orang kaya akan focus pada net worth. Orang miskin akan focus pada income pekerjaan.

14. Orang kaya akan manage duit betul-betul. Orang miskin akan enjoy!

Ramai orang kecundang di sini. Pantang dapat RM30k sebulan, kereta BMW sebiji. Tak cukup sebiji, beli lagi sebiji superbike. Tak salah beli BMW, tapi apa kata kita manage duit itu simpan untuk bina asset yang berterusan hingga kekal ke anak cucu.

15. Orang kaya dia akan buat duit bekerja keras untuk mereka. Orang miskin akan kerja keras untuk duit.

Orang kaya akan reinvest duit sebagai smart investment untuk berganda-ganda kan lagi keuntungan. Orang miskin masih bangun pagi balik malam untuk dapat gaji hujung bulan. Menjadi hamba duit semata-mata untuk kayakan boss.

16. Orang kaya akan bertindak walaupun mereka takut. Orang miskin biarkan ketakutan jadi penghalang untuk terus maju.

Itu yang dimaksudkan jangan mati sebelum mati. Sebab pencapai impian, mereka bukan dari kalangan orang penakut.

17. Orang kaya akan sentiasa belajar dan sentiasa grow. Orang miskin rasa mereka dah tahu semua benda.


Ini yang terakhir, dan yang paling penting. Ilmu tak akan pernah cukup. Kita sentiasa perlukan ilmu. Lagi tinggi ilmu kita, lagi rendah diri kita berpijak di muka bumi.

Orang kaya, mereka bukan kaya, tapi mereka kaya dengan ilmu. Ingat tu.

That’s it!

17 point yang saya benar-benar genggam dalam hidup. InsyaAllah, dengan izin Allah, perjalan hidup ini akan jadi lebih cerah dan teratur.

Percayalah, kejayaan itu datangnya dari Allah. Bila kita yakin, bila kita percaya, trust me… NOTHING in this world can stop you.


~Dr. Azizan Osman~
Berani Berniaga 2014

5 comments :

Haffizul Iskandar said... Reply To This Comment

Ish, banyak sungguh info nie. Terima kasih atas perkongsian ini. :)

Qaseh Abadi said... Reply To This Comment

tq for sharing.. termotivasi plak tiba.. hihi

EAT,MAKE,READ said... Reply To This Comment

haah.. DAO mmg best :)
nice sharing kak..

Siti Zawiyah Rahmat said... Reply To This Comment

Rezeki memang dari Allah dan kita kena bertindak dan berusaha untuk dapatkannya..

CT Humairah said... Reply To This Comment

bace entry ni macam kene tampor dLam diam.. T.T huurm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...