expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 26, 2015

Bazar UNITEN.. Macam-macam ada!

Salam. Siapa pernah singgah ke bazar tepi jalan di UNITEN, Serdang? Yang stay berhampiran for sure pernah rite. Saya pun sejak kebelakangan ni selalu juga ke situ petang-petang hari kalau tak kerja. Tertarik nak datang sebab masa lalu tu ternampak orang jual durian crepe. Memang mencari-cari masa tu. Rupanya macam-macam makanan lagi ada dijual di sini. Dari yang ringan sampai makanan berat-berat pun ada. Kuih-muih, nasi kukus, coconut shake, roti john & etc. Rambang mata! Huhu..

Ramai yang stop tepi jalan singgah sat membeli makanan. Memang meriahla! Tapi bazar ni sekejap je dibuka. Start tengahari sampai petang setiap hari.

Inilah yang sempat saya sambar baru-baru ni. Coconut shake & cendawan goreng tepung memang sangat-sangat familiar kat bazar ni. Ada lebih kurang 5 gerai jual 2 jenis makanan ni. Then ternampak roti john cheese. Oh different ni sebab tak pernah jumpa kat tempat lain.

Kalau petang-petang untuk tea-time tu boleh singgah kat bazar ni. Gerenti habis duit beli makanan! Hehe..


Misya : Dah lama tak pergi pasar malam.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...