expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 6, 2015

Concorde Inn Hotel, KLIA Sepang || Apa pendapat saya?

Salam semua.. Anda selalu travel menggunakan flight? Kalau ya, maybe Hotel COncorde Inn di area KLIA, Sepang ni boleh membantu anda. Almaklum kadang-kadang kena transit flight dan sebagainya so boleh beristirehat di hotel ni. Saya ke sini atas urusan pejabat; berkursus. Dengar nama Concorde je terus wow! Imagine ala-ala 5 stars punya hotel. Tapi telahan saya silap. Hotelnya biasa-biasa saja. Memang untuk stay kejap-kejap sesuai la kot..

Keadaan bilik twin sharing.. Saya 1 bilik dengan rakan sekerja dari Johor.  Bilik ok, bersih.. Cuma bau karpet yang maybe sudah lama tak ditukar mendatangkan bau agak kurang menyenangkan.

Ada TV, peti sejuk dan water heater..

Hotel ni 1 level je.. Almaklum dekat dengan airport, tak boleh buat tinggi-tinggi. Tapi kawasannya luas, bilik pun banyak. Saya difahamkan dahulunya hotel ni merupakan asrama pekerja KLIA tapi lepas diambil alih maka terwujudlah Concorde Inn..

Keadaan hotel ni dah macam asrama di sekolah. Huhu..

Kalau nak iron baju jangan risau.. Di setiap blok disediakan ironing area. So tak payah bawa iron.

Lobi..

Suasana di restoran hotel. Disebabkan saya ke sini untuk berkursus maka makan minum semua disediakan. Alhamdulillah...

Breakfast..


Lunch... Dinner? Lupa snap gambar. Huhu..

So kalau nak ulang alik ke KLIA atau KLIA 2, shuttle bus disediakan mengikut jadual. Convenient sangat-sangat.


Kalau nak stay sini untuk tujuan transit perjalanan menggunakan flight memang sesuai. Tapi untuk bercuti dengan family, i don't think tempat ni memenuhi kriteria itu. Oh ya! Kat hotel ni ada spa tau. So sementara bosan-bosab tu boleh lah memanjakan diri kat spa. Saya pun hari tu sempat berfacial dan urut kaki. Treatment dia okla tapi facial dia memang superb!


Misya : Rindu nak ke luar negara!





No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...