expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

Dinner berseorangan di Noodle Station, Alamanda Putrajaya..

Salam semua.. Ahha sape pernah makan di Noodle Station? Kalau anda dah takde idea nak makan apa, bolehlah singgah ke noodle station ni. Salah 1 outlet dia ada di Putrajaya. Hari tu jenjalan sorang-sorang kat Alamanda after urusan bisnes, perut berkeroncong terus singgah sat Noodle Station. Incik suami tiada masa ni sebab urusan bisnes di tempat lain. Sesekali macam ni rasa rindu tu lebih ckit. Ngehehe..:p


Antara feveret menu saya mee goreng udang (nama komersial dia lupa) Heh. Saya suka sebab mee dia halus-halus so tak cepat muak. Ada ayam, udang, fish cake & sayur... Rasanya? Okla.. Ala-ala mee goreng mamak je sebenarnya. Dah nama pun Noodle Station so makanan nya mostly berasaskan mee.. Yang bergoreng, sup, western dan macam-macam lagi ada.

Nila rupa mee nya.. Tiba rasa lapar plak! Heh.

Haaa kalau dahaga, Mango Sorbat ni wajib dirasai! Perghh best giler penuh buah-buahan bersama mango shake yang enak. Yummy!

So kalau nak try, bolehlah singgah ke sini ya. Kebetulan entry ni keluar waktu tengahari, sesuai lah untuk anda dapatkan idea nak makan apa lunch hour atau dinner nanti. =)


Misya : Sekarang kuat makan.

1 comment :

Mar Mansor said... Reply To This Comment

nasib baik dah kenyang, baru lepas lunch, kalau tak meleleh jugak air liur ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...