expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 22, 2015

Ina Naim, bekas tunang Mawi sudah berpurdah!

Salam.. Siapa tak kenal Mawi suatu ketika dulu penyanyi yang mewujudkan fenomena aura Mawi World selepas memenangi Akademi Fantasia beberapa tahun lepas. Selain kisah kejayaan beliau dalam bidang nyanyian, kisah cinta Mawi juga mendapat perhatian. Yang paling hot adalah kisah beliau putus tunang dengan gadis sekampung beliau iaitu Ina Naim. Lepas clash, masing-masing bawa haluan sendiri. Mawi meneruskan kerjaya nyanyian dan berkahwin dengan pelakon Ekin. Ina Naim pula try bidang nyanyian tapi kurang menyengat dan selepas tu berkahwin pada 12 Ogos 2007 dengan penyanyi nasyid, Suhaimi. Tapi apa saya nak story ni bukan kisah Mawi dan Ina but tentang imej baru Ina Naim yang telah pun berpurdah since 4 months ago. Alhamdulillah... Sejuk mendengar khabaran ni..


Menurut Mstar Online
PETALING JAYA: Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.




Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih"




"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak.

"Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

"Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya.

Ina pernah merakamkan sebuah album mini Duhai Hati tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi.



Oh macam tu rupanya.. Alhamdulillah, beruntung siapa dapat Ina ni. Isteri yang solehah mendengar kata suami. :) Yang part rakam album tu saya rasa kalau dia wat show untuk kaum Hawa sahaja ok kot. Kalau dah berpurdah tak sesuai nak wat persembahan depan audien selain wanita. Apa-apa pun all the best untuk Ina Naim. Dulu pernah diduga begitu dasyat, sekarang meniti kebahagiaan bersama family tercinta. :)


Misya : Tak pandai nyanyi.

1 comment :

CT Humairah said... Reply To This Comment

alhamdulillah.. perlu dikagumi mereka mereka seperti ini. bagusnya dia moga kekal istoqamah dan marilah jadikan dia sebagai antara role model..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...