expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 29, 2015

IOI City Mall Putrajaya mengecewakan??

Salam.. Dah pernah jenjalan kat IOI City Mall Putrajaya? Baru je dibuka beberapa bulan yang lalu. Saya yang duk Putrajaya ni tak pula kemaruk nak ke sana walhal dekat je dari rumah saya. Huhu. Tapi hari tu saja nak jalan-jalan cari pasal  handphone baru sebab my hp dah retak cerminnya. Nampak gempak building dia. Besar macam kapal cruise! Belum siap 100% tapi sudah mula dibuka kepada orang ramai. Sampai-sampai je parking memang banyak penuh. Tapi yang buat kami tak puas hati adalah lif dari parking nak ke shopping mall. Very slow! Dah pulak tu sebesar-besar parking basement tu hanya ada 2 lif je setiap pintu masuk. Aiyooo mana cukup! No alternative like escalator so terpaksa juga tunggu lif yang agak lembab. Agak kecewa juga di situ ya.

Okla tempatnya. Mostly barangan branded dijual di sini. Ada yang memang kami tercari-cari dijual di sini. But tunggu dulu. Antaranya almari partition dan juga kerusi urut brand Gintell. 2 benda ni memang kami nak beli dah lama tak sangka kat sini pun ada jual.

Agak kecewa sebab kedai handphone Oppo takde kat sini.:( Punyalah besar yang ada Samsung je. Hope Oppo leh take note supaya buka 1 outlet kat sini. Mesti ramai lagi akan datang. Terutamanya saya dan husband sebab kami memang peminat Oppo sekarang. ;)


Apa yang kami nampak, restoran makanan segera memang berlambak. Dari masakan Thai, Itali, Malaysia semua ada. For entertainment, kami nampak pawagam GSC dan bowling. Banyak lagi outlet belum dibuka. Tunggulah setahun lagi pasti complete tempat ni. Overall IOI Mall Putrajaya ni ala-ala Midvalley & Suria KLCC je. Memanjang then tengah-tengah ada ruang legar untuk apa-apa show/pameran. Dari 10 bintang, saya bagi 6 bintang tempat ni!=)


Misya : Nak shopping puas-puas before GST.

12 comments :

MissNadia said... Reply To This Comment

tak pernah sampai lagi tapi ada member yang dah pergi cerita cerita..

miya amira said... Reply To This Comment

Assalamualaikum akak..seingat miya ari tu ad escalator tapi dia kat hujung2 sikit...seingat miya la..lau salah miya mnx maaf..

Haffizul Iskandar said... Reply To This Comment

Tempat baru biasanya memang macam tu sis. Ambil masa yang lama untuk jadi hebat. Hehehehe. Oppo da best.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@miya amira Oh escalator mmg ada tp bukan dr parking naik ke mall. So pengunjung takde pilihan kena naik lif juga. Mcm alamanda, org ada option nak naik lif/escalator. so tak sesak.=)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Haffizul Iskandar Yeahh oppo mmg best! hehe

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@MissNadia Takpe nnt Nadia try gi. =)

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Tak pernah lagi pergi sini. In shaa Allah, ada rezeki nanti nak pergi jugak. Heheh.

Read my latest entry : Things That I Like About My New Boyfriend

CT Humairah said... Reply To This Comment

tak pernah pergi lagi.. balik kampung nak pi lah jenguk.. main ais sketim..

Fadzi Razak said... Reply To This Comment

Tempat baru bukak kan memang slow sikit nak naik.

Anyway, salam singgah dari follower #2175. Dari segmen kak mia

Cikgu Norazimah said... Reply To This Comment

tak pernah lagi kesini, biasa ke alamanda jer ;)

Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

Ct Noraishah said... Reply To This Comment

sy pun sama dah jadi peminat oppo dah skarg

Na Nai said... Reply To This Comment

ade kedai oppo , dekat dgn wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...