expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 6, 2015

Kemunculan Ratu Dangdut Amelina di Konsert Akhir Gegar Vaganza memukau!

Salam. Siapa tonton Konsert Akhir Gegar Vaganza hari Ahad baru-baru ni? Siapa tak tahu tentang rancangan ni, ia menampilkan pertandingan antara bintang-bintang / artis-artis lama menyerlahkan bakat masing-masing untuk memenangi hadiah RM100K. Antara yang join adalah Mamat Exist, Ifa Raziah, Rahmat Mega, Adilla dan sebagainya. Saya takdelah pengikut setia rancangan ni. Kadang-kadang tonton juga. ALmaklum yang nyanyi sume otai-otai so memang hebatlah persembahan dorang. 

Cuma dalam konsert akhir baru-baru ni, persembahan khas artis jemputan telah menampilkan bekas Ratu Dangdut Malaysia, Amelina membuatkan saya teruja nak tengok! Sebab dulu masa kecik-kecik Amelina ni memang femes giler! Tak sangka dia buat comeback dan yang paling best suara dan body dia masih maintain macam dulu! Actually macam rindu juga dengan Amelina ni sebab dia punya lagu best-best tak macam dangdut biasa-biasa tu.

Tak tahu nape suka tengok persembahan beliau. Dah lama dia menyepi, dan kedengaran macam-macam story sepanjang beliau menghilangkan diri. Hope dengan kehadiran semula beliau memeriahkan lagi dunia seni tanahair. Cuma kalau boleh berdangdut dalam keadaan sopan. I mean tak seksi-seksi sangat. huhu.

Persembahan mantap Amelina memukau penonton-penonton yang rindukan lagu-lagu beliau.

Berduet lagu Seri Langkat dengan Jamal Abdillah.. Best!

Apa-apa pun Welcome Back Amelina! Saya bukanlah peminat setia Amelina ni tapi since dia hilangkan diri pastu tiba-tiba tertengok dia wat show kat Gegar Vaganza ni wat saya rasa best! Ni kalau gabung dengan Mas Idayu pergh lagi meletop!


Misya : Suka gelek Mas Idayu.

2 comments :

Mohamad Khairil said... Reply To This Comment

terbaik.

Nadirah Mohamad said... Reply To This Comment

nad tengok juga...memang still boleh nyanyi la dia...bagus btul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...