expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 15, 2015

Tutorial : Create scroll bar for comment box

Salam semua.. Kalau ada sesiapa yang perasan saya telah mengemaskini beberapa part dalam blog saya ni. Antaranya saya create scroll bar pada kotak komen saya. Dah lama sebenarnya nak buat cuma tak sempat then try macam-macam tutorial tapi tak menjadi. Alhamdulillah terima kasih kepada blogger Fiqansz yang sudi share tutorial ni. Nampak lebih kemas kotak komen saya tak perlu nak rolling mouse lama-lama untuk melihat komen yang panjang berjela.:)


Anda nak juga? Senang saja caranya. Meh saya ajarkan..

1st Mula-mula pergi ke dashboard anda dan klik pada 'Template' seperti gambar di bawah.



2nd Klik pada 'Edit HTML' dan anda akan dibawa ke ruang coding template design blog anda.



3rd Tekan Ctrl+F untuk mencari code berikut : 

<div class='comments' id='comments'>


4th Nota : Kadang-kadang Ctrl+F tak jumpa code tu sebab dia tersembunyi di dalam code-code utama dalam html tu. So kena cari words 'comments', then klik anak panah belah kiri yang ada nombor beribu-ribu tu. Code tu di hidden di sebalik coding utama yang terselindung. InsyaAllah akan jumpa code tu. 


5th Then gantikan code <div class='comments' id='comments'> tersebut dengan code berikut :

      <div class='comments' id='comments' style='overflow:auto; width:ancho; height:300px;'>


6th Selesai? Jangan lupa save dan anda boleh lihat hasilnya. Selamat mencuba ya!=)


Misya : Tak suka serabut.

2 comments :

Qaseh Abadi said... Reply To This Comment

dah wat and berjaya.. thanks for sharing..

Nadia Johari said... Reply To This Comment

Nampak kemas sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...