expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 12, 2015

Aiskrim tongkat dari Korea sudah ada di Malaysia?

Salam. Wah excited saya bila terbaca entry blogger www.bakul2011.com tentang kewujudan aiskrim pelik di Malaysia bernama aiskrim tongkat. Lorrrr aiskrim inilah yang saya cari selama ni kat Malaysia sebab last year saya pi honeymoon kat Korea ternampak aiskrim tongkat ni dijual di bazar membeli-belah Insadong. Tapi dat time takut nak beli sebab tak confident part status Halal nya. Tapi memang ramai orang Korea yang beli. Memang sedap agaknya sampai saya pun terliur! Ahakss..


Inilah aiskrim tongkat di Korea. Actually saya jumpa ada beberapa kedai aiskrim ni kat Korea. Tapi kat sana sejuk, waktu siang jela dorang makan aiskrim sebab cuaca tak sejuk sangat.

Cuci mata jela tengok orang beli dan makan. Look so delicious!

Sempat posing depan kedai aiskrim tongkat kat Insadong ni. With other family from Malaysia. Entry penuh di SINI.

So, kat mana kedai aiskrim tongkat Malaysia ni?? Di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Masjid India, KL. Tapi waktu dibuka hanya pada Hari Sabtu jam 11.00 pagi. Ala nape tak buka tiap-tiap hari? Hujung minggu for sure jalan KL sesak. 

Tengok tu berebut-rebut orang nak beli aiskrim tongkat ni.

Siap ada ambil tempahan lagi tu untuk sebarang majlis. Menarik juga ni. Napela masa saya kahwin takde lagi aiskrim ni? Huhu..

Takpe, benda-benda gini kalau famous nanti berlambak-lambak la orang akan jual. For example Pisang Goreng Cheese. Dulu punya payah nak jumpa now bersepah-sepah jual kat tepi jalan. Saya tak sure either this ice cream from Korea or where. Tak kisahlah janji menarik dan sedap. Kalau tak sedap tak berbaloi juga. Haishhh nak juga aiskrim tongkat!!!:p 



Misya : Cornetto Vanilla terbaik.




1 comment :

CT Humairah said... Reply To This Comment

huuurm cepat benar masuknya.. ahaha nanti tak rasa feel dah bila makan kat korea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...