expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 8, 2015

Jatuh cinta dengan Syarul Ridzwan dalam Hati Perempuan?

Salam. Sape suka tengok drama Melayu? Huhu ramai kot... Tapi saya ni bukanlah penggemar drama Melayu. Sesekali je kalau tertayang depan mata kat tv tu tengoklah juga. Dah berbulan-bulan tak layan drama Melayu ni, tetiba semalam my hubby on TV terus bukak channel TV3 suku. Dan kami dihidangkan sebuah drama Melayu terbaru bernama Hati Perempuan. Erm mula-mula ingat mesti bosan cite Melayu ni.. 



TAPI yang buat saya tak berkelip mata terus nak tonton drama ni adalah bila melihat Hero nya yang OMG!! Sangat macho babe!!! Aduhai terus cair........@_@ Syarul Ridzwan pendatang baru dalam bidang lakonan bergandingan dengan heroin bertudung yang cantik manis Mia Ahmad. Automatik je bila tengok muka Syarul Ridzwan ni terus macam wow, hensem nya...................! Yang paling best, husband saya pun mengakui mamat ni memang hensem dan dia hensem dengan gaya tersendiri. Ya Allah hai masih ada lelaki wajah-wajah sebegini ya kat Malaysia ni. hehe.


Muka dia nampak garang tapi mata dia yang agak kuyu tu serius kalau berdiri depan saya aduhai....... Mahu tak jatuh cinta! Hahaha marah incik suami karang. Hehe.


Watak Syarul dalam drama ni membuatkan dia lagi nampak macho. Serius saya jatuh hati dengan drama ni. Macho, handsome, sweet, romantis semua ada! Huarghhhh damn, am I in love?? Wakakaka..

With his heroin Mia Ahmad. Heroin dia pun saya suka tengok. Manis bertudung plus wajah dia sekali imbas macam Shila Amzah. 


Aduhhhh... Kalau saya jadi watak Mia pegang ni, comfirm cair-bair dah especially bila dia renung camtu.. Haha.. Sebab saya memang lemah ckit kalau lelaki camni tenung mata saya lama-lama. Bergetar seluruh jantung ku! 


Drama ni diadaptasi dari Novel Hati Perempuan. Mengisahkan seorang gadis bernama Yuhanis (Mia Ahmad) yang terpaksa kahwin dengan Tengku Zaril (Syarul Idzwan) yang tidak dicintainya. So, Zaril berusaha camne nak memikat hati isterinya yang sebenarnya mencintai orang lain. Ada babak senda gurau, sweet-sweet, romantis gitu. Tapi kalau saya jadi gadis tu relakan jela sebab dapat suami hensem gini! hahaha.. Ok, anda boleh saksikan drama ni di slot Akasia TV3 jam 7.00 malam setiap Isnin hingga Khamis. Maklumat lanjut klik SINI.



Misya : Gentleman itu suami saya.

2 comments :

Syaza Raihanah said... Reply To This Comment

Fall in love dengan watak Tengku Zaril yang dibawakan oleh Syarul Ridzwan. Tidak.....

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Syaza Raihanah hehehe.. ramai yg fall in love kan? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...