expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 27, 2015

Bandung Trip #6 : Makanan Jawa, shopping, seafood...

Salam.. Wah dah masuk Part 6! Part 5 dan sebelum nya dah baca?? Hehe.. Disebabkan area Kawah Putih yang kami jelajahi ni cuaca agak sejuk maka perut cepatla lapar. Huhu. Supir pon bawa kami ke tempat special untuk lunch. Menu kali ni adalah masakan Jawa. Ermmm menarik ni!

Inilah tempatnya. Kami pilih nak duk bersila sambil mengadap pemandangan bukit bukau yang indah..


Nyaman nya rasa.. Angin sepoi-sepoi bahasa perghhh boleh terlena dibuatnya.

Haaa tu diaa.... Makanan Jawa yang dinantikan.. Serius enak bangat! Ada tempe goreng dan sambal lado yang super pedas tapi sedap. Terliur plak!

Sambal dia wat kecur liur!!!

Main dishes!

Nasi dan telur

Ikan masin penambah perasa...


Keropok Belinjo, my feveret!


Suasana di restoran ini. Konsep tradisional Jawa.


Dah kenyang relax jap sambil menikmati keindahan pemandangan dan kenyamanan udara di sini. Tenang je rasa..



Ok dah kenyang.. Jom balik!


Gambar kenangan mesti ada..


Perut kenyang hati riang!^^

Kebun teh yang menghijau...

Wefie! 


Aktiviti seterusnya? Agak tak senonoh sebab kami sambung SHOPPING! Wakakaka... 

Datang ke Bandung jangan lupa beli kain untuk dibuat baju kurung sebab murah bangat kat sini! Macam-macam pilihan ada sampai rambang mata dibuatnya. Hehehe..

Pilih jangan tak pilih...

Fuh, Bandung memang syurga membeli-belah..

Yang paling tak tahan, my hubby kembali semula ke Toko Tiga
Dah nama pun peminat tegar Mercedes Benz, apa lagi kasi borong T-Shirt Merc sampai saya pon terjebak! Haha..

Sales! Sales! Sales! Rugi tak grab!

Happy shopping!

My lil'sis tambah lagi koleksi kain..

Ok la tuh banyak sangat shopping nanti overweight takleh bawak naik flight. Wakaka... Dah penat-penat di siang hari, perut lapar haruslah diisi. Kali ni kami request nak makan seafood. Tak pernah lagi rasa seafood di sini. Sebab my hubby said, seafood di Indonesia lebih segar bcos datang dari laut dalam yang jauh lebih bersih dan luas banding laut di Malaysia. Wah menarik ni, wajib rasa!

Maka kami dibawa ke restoran Kampiun Bistro...




Tomyam.. Kelihatan berbeza daripada tomyam di Malaysia. Rasanya? Serius sangat sedap!

Kacang panjang

Tauhu 

Sotong goreng tepung.

Seriously what my hubby said is true! Sedap bangat donggggg! TQ to supir yang bawa kami makan tempat sedap ni. Siap ada live band lagi cuma tak sempat nak snap photo.

Gitulah story untuk Part 6 ni. Makan, shopping, makan. Ngehehe... If hari-hari camni boleh gemuk saya! Tapi memang puas hatilah. Tu yang bestnya gi travel ramai-ramai dengan family camni. Next Part 7 jangan tak baca tau!=)


Misya : Tak jumpa nasi lemak di Indonesia. 









4 comments :

Diana Din said... Reply To This Comment

meriahnya lauk pauk..nampak sedap plak tu.

Mad Parihh said... Reply To This Comment

cantikk pemandangan . arwah atok orang jawa . huhuu

siti sabariah mohammad said... Reply To This Comment

Salam sis nak ty restaurant jawa tu nama apa ye..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@siti sabariah mohammad Alamak dear tak ingat apa nama restoran jawa tu. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...