expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 17, 2015

Bonus Raya untuk kakitangan kerajaan dan pesara!

Salam. Hooray!!! Kakitangan gomen dapat bonus raya... Huhu macam tak percaya mula-mula tengok status fb member tentang berita ni. Tapi lepas baca di MyMetro, sah memang ada bonus Raya diumumkan oleh PM sendiri. Syukur Alhamdulillah... Almaklum sejak ada GST ni mesti duit kerajaan makin banyak. Tak logik la kan if takde bonus atau pape imbuhan.;)


 

Putrajaya: Kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah untuk Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati oleh lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

Menurutnya, kedua-dua pembayaran itu akan dibuat pada 25 Jun ini.

"Ia membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi.


Misya : Hasil GST lebih RM1 bilion..

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...