expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 2, 2015

Istanbul Trip #1 : 3 flight dalam 13 jam!

Salam semua. Erm rasanya ramai yang menantikan story saya bercuti ke Istanbul, Turki rite? Since entry Istanbul Misya Datang dipublishkan ramai komen nak baca story selanjutnya. Ok kebetulan saya agak free ni saya story Part 1 dulu ya. Maybe akan ambil banyak part untuk habiskan full story percutian saya di Istanbul dan singgah ke Mesir bumi para Anbia.

Ok perjalanan hari 1st day agak mencabar sebab kami bakal menempuhi perjalanan yang agak panjang melawan arus masa. Yang paling menarik adalah kami perlu turun naik kapal terbang sebanyak 3 kali! Dari KL transit di Doha, Qatar. Then fly to Egypt. Dari Egypt fly pula ke Istanbul. Total masa perjalanan lebih kurang selama 13 jam! 

Bila dah selalu travel, benda paling malas nak dibuat adalah packing! Huhu.. Especially if ke tempat sejuk memang kena angkut segala baju tebal dan kelengkapan winter season. Tapi entah kenapa kali ni my hubby cakap bawak baju tebal biasa-biasa saja sebab kat sana dan hujung-hujung winter. So suhu dia biasa-biasa saja katanya. Okla, saya pun bawa baju panas biasa saja. Segala winter coat dan boot ditinggalkan. Tak tahu sebenarnya kali ni kami akan merasai feeling Musim Sejuk yang sebenar-benarnya!

Sampai di KLIA terus check-in. Flight pertama menuju ke Doha, Qatar dengan flight Qatar Airways. Excited juga sebab this is my 1st time travel ke arah Asia Barat dan Europe yang memakan jarak beribu-ribu kilometer. Sebelum ni paling jauh Korea je.

This time saya travel dengan family mertua pula. Kebetulan adik ipar habis study di Egypt. Alang-alang nak pi Konvo adik ipar tu, langkah panjang sikit ke Istanbul. Alhamdulillah ada rezeki kami nak ke Istanbul dan Egypt. Sebab tu penting kena ada side income! [Tibe jek!] :p

Hidangan pertama untuk kami. Biskut cicah tomato pes. Memang flight Arab cenggini agaknya tapi sedap walaupun simple. Almaklum perjalanan ke Doha ambil masa lebih kurang 6 jam. Kematu punggung dok lama-lama dalam flight. hehe..

Tiba masa makanan heavy. Wow! Mewahnya makanan dia.. Memang terbaeklah Qatar Airways ni. 

See, jauh kan perjalanan kami? Tu baru separuh jalan je tu nak ke Doha. Merentasi negara India... Tapi apa yang menarik flight Arab ni, siap ada doa menaiki kenderaan lagi tau. Best pula rasanya. If flight Malaysia camni kan bagus.


Excited nak pi honeymoon katanya! Hehe.

With hubby... 

Alhamdulillah kami selamat sampai di airport Doha, Qatar..

Selfie jap! 

This airport so nice! Cantik sangat-sangat, Luas, bersih, selesa..

Siap ada pameran kereta lagi.


Sambil menanti 2nd flight, round dulu sekitar airpot ni. Nasib baik transit je. Kalau tak nak juga singgah jenjalan kat Doha ni.

Hamad International Airport.. Rasa secure je dalam airport ni sebab mostly orang Islam kan. 

Lepak sat sementara menanti panggilan untuk naik flight seterusnya. Atok dan nenek kami di hujung sana steady jah!  Huhu

Kat sini papan skrin jadual flight pun ada petugas yang menjaganya. Baguslah servis di sini.

Ready for the next flight. To Egypt.. Untuk ambil adik ipar di sana before fly ke Istanbul.

Tuu dia our flight. Qatar Airways.. Flight yang dikatakan No.1 paling selamat dalam carta flight di dunia. MAS tak tahu lah jatuh tangga ke berapa selamatnya. huhu.

2nd flight... Makan lagi! Masa ni sepatutnya Malaysia dah lewat petang tapi kami di sini masih tengahhari. Dalam flight 1st tadi dikira lunch. Now what? huhu..

Ada snack lagi tuh. Huhu. Dari Doha ke Egypt ambil masa lebih kurang 4 jam. Agak lama perjalanan kami dats why dapat snek tambahan.

Muffin perisa oren yang enak plus roti berintikan kari kentang. Nice juga.. Seriously kami mewah dengan makanan dengan flight Arabian ni. Tak lapar lagi dah kenyang. Hehe..

Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba di Egypt..

Dari flight kena naik bas ni untuk ke terminal.

Wahh cuaca agak sejuk di sini. Ala-ala di Cameron Highland tapi lebih sejuk. Setibanya di sini, apa yang menyukarkan adalah komunikasi. Sebab mostly rakyat di sini tak pandai berbahasa English. Oh my English! Plus kami terpaksa bersabar dengan kerenah orang Arab di sini. Agak terkejut juga sebab apa yang saya imagine about Egypt ternyata berbeza!


From Terminal 1 kami ke Terminal 3. Kena naik tren untuk ke sana dan bertemu adik ipar saya.

Mama, adik ipar, kaklong dan hubby.. Ready untuk naik flight terakhir ke Istanbul. Yahoooo!! Masa ni kami sudah start keletihan. Sebab sepatutnya dah jam  lebih kurang 10.00 malam di Malaysia- get ready nak tidur tapi waktu di sini masih jam 8.00 malam. So niat nak tidur perlu ditangguhkan mengikut waktu di sini. 

Next flight, Turkish Airlines. Another heavy food for us! Walaupun mata ngantuk, tetap juga berselera menghabiskan makanan ni. Tahu tak apa special flight Arab ni, setiap hidangan mesti ada cheese! Serius memang superb! Saya dahlah memang favourite dengan cheese. Puas betul dapat makan cheese. Hehe..

Alhamdulillah kami selamat sampai di Istanbul..


Wajah ceria walaupun letih perjalanan. Jam kat sini baru pukul 12 malam. Kat Malaysia dah nak Subuh dah! Huarghhh....

Cewah posing special di Istanbul! Cuaca sejuk sudah mula menggigit kami.. Sebab suhu kat Istanbul masa ni lebih kurang 2 darjah celcius. Tak sabarnya nak ke hotel dan berehat. Letih betul 13 jam dalam 3 jenis flight.

Trip ke Istanbul ni kami diketuai oleh Ustaz Huda, student dari Universiti Al-Azhar. Kebetulan cuti sem maka beliau mengambil upah bawa tourist dari Egypt ke Istanbul. Masa ni ada 1 lagi family turut join kami. Ok lets go to the hotel!

Finally sampai jua ke hotel! Alhamdulillah sangat selesa.. Walaupun bilik agak kecil tapi okla kan? 

Selamat berehat....

Next day kami ke mana pula? Baca Part 2 ya.. >_~


Misya : Baru tahu erti sebenar jet-lag.

1 comment :

Siti Nurzafirah said... Reply To This Comment

tak sabar nak baca lagi... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...