expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 3, 2015

Istanbul Trip #2 : Tangan Nabi Yahya di muzium sejarah Islam...

Salam. Selamat pagi dari Istanbul! Hehe walaupun  trip ni dah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan suasana hari 1st di sana. Dah baca Part 1? Kalau dah sambung baca part ni pula. So, pagi-pagi dah bangun sebab semangat nak jenjalan kat Istanbul ni. 

Comel tak kami? hehe..


Sebelum memulakan perjalanan wajib breakfast dulu. Sambil menikmati pemandangan yang menyegarkan dari restoran hotel ni.

Di sini wajib ada cheese dan roti. Memang makanan ruji dorang agaknya. Nasi lemak of course la takde! Haha.. Istanbul 90% penduduknya adalah Muslim dan antara negara Islam terbesar dan terkuat di dunia. So bab makanan tak perlu risau sangat. Lebih yakin makan di Istanbul banding makanan di Malaysia. Oops!

Benda paling saya tertarik di pagi hari Istanbul ni bila melihat burung yang sangat besar dan gebu neh! Geram je tengok rasa nak peluk-peluk macam kucing. COmel! Hehe.. Memang burung ni bebas berterbangan di seluruh bandar Istanbul. Sekali imbas macam itik tapi ia adalah sejenis burung. Hanya boleh dilihat di luar tingkap restaurant hotel kami stay.

With sis in law..


Sambil menanti yang lain siap, lepak dulu di lobi hotel.

Inilah hotel kami stay.. Bekdas Hotel namanya. Paling best hotel ni betul-betul tengah town. Berderet-deret kedai untuk shopping kelihatan. Teringat masa saya ke Korea dulu lebih kurang sama. Tak sangka ada bandar sebegini di negara Islam. Very nice!

Jom jalan!

Saya teruja bila dapat lihat suasana yang sangat berbeza daripada Malaysia. Rasa nak nangis sebab tak tahu ada bandaraya Islam yang indah sebegini. T_T

Bendera Turki berkibar megah di kepala ku..

Snap gambar walaupun bukan stay di sini. Hehe..


Laluan kami agak berbukit. Tapi disebabkan cuaca sejuk tak terasa penat pun nak turun naik bukit. Huhu.  

 Kami ke sini ala-ala backpackers. So perjalanan semua menggunakan tram. Kat Istanbul sangat bagus servis tram dia. Cepat dan mudah nak ke mana-mana.



1st place kami terjah adalah ke Muzium Sejarah Islam di area Sultanahmed. My mom ada pesan if singgah ke muzium sini try cari pameran tangan Nabi Yahya yang masih wujud sampai sekarang. Luar biasa kan? Jom tinjau!

Di pintu gerbang Muzium.. 

Dari gerbang agak jauh juga nak berjalan masuk ke dalam Muzium. 

Ok sampai di pintu masuk muzium..

Sementara Ustaz Huda setelkan tiket, posing sat.. Hehe


Smile...

Ramai juga pengunjung dan pelancong yang datang. Memang Istanbul antara destinasi percutian yang wajib semua orang visit!


Nak masuk ada tiket. But dont worry Ustaz Huda dah setelkan semuanya.

Before masuk, Ustaz Huda bagi sedikit briefing.


Kat dalam muzium dilarang ambil gambar so takdelah gambar dalam muzium. hehe.. 

Kat luar muzium takpe boleh snap gambar..

With Tok Ali.. Walau di usia 70 lebih tetap semangat meneruskan perjalanan. 

Tapi syukur Alhamdulillah, apa yang mak saya cakap betul. Tangan Nabi Yahya memang wujud! Tak sangka saya dapat sampai ke sini dan melihatnya secara live! T_T Nabi Yahya dikatakan telah mati dibunuh dan badan baginda dikerat-kerat. Ada seorang hamba Allah telah menyelamatkan salah 1 anggota badan baginda iaitu tangan. Tangan tersebut dibalut dengan perisai warna emas dan tidak mereput hingga kini! MasyaAllah... Hebatnya kuasa Allah. Dan yang paling best dapat juga melihat janggutdan gigi Nabi Muhammad, serban Nabi Yusof, dan pelbagai lagi khazanah para Nabi dan sahabat yang saya dapat lihat. SubhanaAllah...

With mom-in-law..

Happy walaupun tengah kesejukan. Tak sangka cuaca sesejuk ini. 

Di pintu masuk Muzium..

This is us... 2 big happy family!

Suasana di sekitar Muzium.. Nice tak?

Rasa tenang dan menyamankan..^_^

Hubby pun dah start kesejukan.

Walaupun sejuk tapi tetap ramai orang datang ke muzium ni.


Peace yo!

Hujan mula rintik-rintik.. Fuh dah lah sejuk, tambah hujan lagi memang dah start menggigil dah ni. Masa ni baru start rasa menyesal tak bawak winter coat yang tebal-tebal tu.


Penat berjalan rehat sebentar..

Ok saya sambung Part 3 pula. Nampak gambar masjid kat belakang kami tu? Masjid yang sangat indah dan terkenal di dunia kini berada depan mata kami. Tunggu next story!



Misya : Baru terasa pentingnya heater (pemanas).

2 comments :

Nour Adieb said... Reply To This Comment

wahhh, nak masuk muzium tu jugak. best nya :)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Nour Adieb Mmg best. Jangan lepas kan peluang masuk muzium ni if datang ke Istanbul. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...