expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 9, 2015

Istanbul Trip #4 : Kebab, naik feri & sandwich ikan..

Salam. Haa dah cuci mata dengan gambar-gambar saya di Masjid Biru, Turki? Kalau belum baca Part 3 dulu. Ok sambung.. Dah penat jenjalan jom cari makan pula. Dari stesen Sultanahmed, kami turun di stesen Eminonu. Kawasan pasar dan tempat nak naik feri.. 

Inilah lunch kami.. Agak unik sebab cili makan terus ok! No sambal or chilli sauce. Only tomato sauce. Lapar punya pasal makan jela. huhu


Boleh pilih nak menu apa tapi semuanya lebih kurang sama. Kebab yang dihidangkan dalam pelbagai cara.

Yang kelakornya saya order air soda sebab tekak kering if musim sejuk. Tapi rasanya indah khabar dari rupa! Sebab kat Malaysia air sodanya manis. Kat sini tawar hebeh!!;P nyesal order. Wakaka..

Hamde Kofte.. Our lunch place.

Lega rasanya dapat masuk restoran. Memanaskan badan jap.


Adik-beradik...


Selfie jap..

Sambung perjalanan kami..

Ada banyak pigeon area sini.

Area sini adalah pasar tempat warga Istanbul shopping makanan dan barang dapur.

If nak beli barang-barang pasar bolehla datang sini.

Macam-macam ada! Pelbagai jenis cheese terjual. Memang orang Turki suka makan cheese. huhu

Pemandangan di area Eminonu.

Oh ada orang bagi makan rupanya burung-burung merpati ni. 

Next.. Kami dibawa menaiki feri untuk mengelilingi bandar Istanbul. Actually Turki terbahagi kepada 2 part. Sebelah kawasan benua Asia, sebelah lagi dah masuk kawasan Eropah. Wahh baru saya tahu! Finally jejak juga kaki saya ke Europe.^^

Sungai ini memisahkan part Asia dan Europe untuk negara Turki.

Kami dalam feri..


Jom menikmati keindahan bandar Istanbul dari atas feri...

Kami akan berada di atas feri ni agak lama. Dalam 1 jam setengah.





Grrrrr sejuk beb! 


Walaupun kesejukan tetap juga nak selfie. Bukan senang nak dapat nehhh!


If nak lagi sejuk dan fresh air, boleh lah duk tingkat atas ni. Perghhh gila sejuk!! Berangin plak tu...

Kat dalam feri ni ada jual makanan. So dont worry anda takkan kelaparan dalam feri ni. huhu


Sampai ke malam kami ada atas feri ni. Ternampak 1 palace yang sangat cantik.

Perghh sempat posing yer incik suami..;)



Pelayan yang menghidangkan minuman untuk anda.

Di tepi jeti kelihatan feri-feri berhias tapi bukan untuk dinaiki. Feri-feri ni rupanya restoran. Salah satunya adalah kedai sandwich ikan yang terkenal.


Kami pun singgah juga makan sandwich ikan. Fresh from the sea! Cuma 1 je tak best takde sos cili or mayonis! Huarghhhh...

Suasana di kedai sandwich..

Mostly orang yang singgah sini sekadar nak dapatkan kudapan sebelum menyambung perjalanan. There is no Mamak restaurant like Malaysia here. Huhu.

Sejuk... Semua dah bau ikan! Hahaha..

If ke sini boleh lah singgah ke restoran sandwich ikan ni..


Benda paling menarik adalah di dalam terowong pejalan kaki ada jual macam-macam. Apa lagi shopping la sat! Winter coat, sweater, boot sumenya murah-murah. Rugi tak beli. Almaklum saya memang tak bawa segala kelengkapan winter yang cukup.

Ok nak balik... Tunggu tram sampai.

Discuss apa aktiviti seterusnya.

Sebelum balik hotel, my hubby ajak lepak minum-minum sat. Jalan punya jalan singgahla cafe ni. 

Wah kebab!!! Nyum nyum...

Sejuk-sejuk makan kebab plus hot chocolate pergh memang marvelous...!

Dating... Tinggal kami berdua, Yang lain dah balik hotel. Huhu



Nice place untuk lepak dan tak jauh dari hotel kami.

Tapi di sini tak macam Malaysia. Jam 10.00 pm dah tutup. Plus musim sejuk memang banyak kedai tutup awal. Orang lebih suka spend time di rumah compare di luar.

Next day lebih menarik! Pengalaman merasai salji turun live depan mata! Jom baca next entry Part 5 ya...;)


Misya : Makanan Malaysia tetap terbaik.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...