expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 15, 2015

Istanbul Trip #5 : Salji tebal menyelubungi bumi Turki!!!

Salam. Dari Part 4 kini Part 5 pula. Hari kedua di Istanbul, plan nak ke Muzium Panorama di Topkapi. Ada sesuatu bakal berlaku pada Hari Kedua ni sebab takkan jumpa experience ni kat tempat lain yang saya pernah pergi! Nak tahu apa dia? Jom zoom apa aktiviti kami...

Rezeki kami dapat melihat keajaiban Tuhan... Peluang menikmati salji menyelubungi bumi Turki.. Tak sangka apa yang diperkatakan oleh salah seorang penjual kasut winter kami jumpa inform tentang cuaca bersalji tu benar belaka! Kuasa Tuhan... Yang takkan jumpa di Malaysia!

Pagi-pagi breakfast dulu di Bekdas Hotel. Awal pagi tu cuaca kelihatan biasa saja macam hari sebelumnya. Tak aspect pon salji turun sume tu sebab kalau diikutkan kalendar musim sejuk di Turki sepatutnya dah berada di penghujungnya. 

Hotel kami dikelilingi oleh shoplot yang best-best! Boleh shopping puas-puas tapi harga agak mahal di sini.

Tengok tu, macam-macam kedai ada! 

Dalam train... Tanpa disangka, dalam perjalanan kami ke Topkapi, salji turun dengan lebatnya!! Ya Allah... Betapa terujanya saya melihat salji turun. Ini bukan cobaan tapi betul-betul!! Huhu.. 

Macam tak percaya je dapat lihat salji turun live depan mata. Saya and family dah menggelitik dah tak sabar nak sampai tempat dituju. Nak feel salji turun!!

Hoorayyyyy!!! Finally impian jadi kenyataan!! Nak feel salji turun secara live! Selalu asyik dengar hubby story camne salji turun kat Canada. Now dapat juga rasai pengalaman salji turun. 

Syok nya!!! Ya Allah tak tahu nak cakap apa dah. Syukur Alhamdulillah..

Semua dah jadi macam kanak-kanak excited salji turun!

With my mom in law..

Teruja sampai semua sudut nak amik gambo! hehe...

Semuanya sudah kelihatan berwarna putih dilitupi salji..

Walaupun menggigil kesejukan tetap tabah nak selfie! Wakaka..

With sis-in-law.. She still available. Wakaka..

Fuhhh lama-lama tak tahan dah sebab salji makin lebat. Pandangan makin kabur.. Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Panorama.

Muzium ni memaparkan bagaimana Kota Constantinople (Istanbul) yang dahulunya pengaruh Kristian sangat kuat, kini boleh menjadi negara Islam terkuat.

Cakk!

Suasana dalam Muzium Panorama..

Yang paling best Muzium ni memaparkan suasana peperangan dalam bentuk 3D. Seolah-olah kita berada di zaman tersebut. Rasa real pula siap sound effect bom sana-sini.

Dats why nama Muzium ni Panorama sebab memang dia memaparkan panorama sebenar semasa penaklukan Kota Istanbul zaman peperangan dahulu. 

Demi menegakkan syiar Islam akhirnya Kota Istanbul berjaya ditawan!

Tak dapat kami bayangkan if kami berada di zaman itu...





Actually 3D yang dipaparkan tu sama macam replika yang dipamerkan ni. Kita berada di tengah-tengah bulatan tu sambil dikelilingi suasana peperangan. Macam mana la orang dulu-dulu boleh bertahan dalam suasana peperangan ya?



With my Atok..

Alhamdulillah selesai lawatan kami di sini. Ready for the next journey..

Di luar salji turun semakin lebat. Habis kami diselaputi oleh salji tebal. Salji yang baru turun ni sangat lembut. Macam kapas. If bawa cendol, sirap, susu, boleh wat ABC! Hehehe..

Next ke mana kami? Wait for Part 6 ya!=)


Misya : Jadi kanak-kanak Ribena.





3 comments :

Cik Jelita said... Reply To This Comment

bestnya main salji

Mastura Aziz said... Reply To This Comment

bestnya dpt jalan2...luar negara

kuntau said... Reply To This Comment

awak baca je ler, moga mimpi dapat kesana hi hi hihi, x mampu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...