expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 19, 2015

Pakcik kostum Winnie the Pooh rupanya ada 7 isteri dan rumah besar!!

Salam.. Huarghhh ramai yang menangis untuk orang yang salah! If anda perasan ada kisah seorang tua dari Indonesia yang memakai kostum Winnie The Pooh mengemis di jalanan menjadi viral dan telah membuatkan ramai orang menangis. Bukan di Indonesia saja malah di Malaysia termasuk lah saya. Tapi rupa-rupanya itu semua dusta belaka. Pakcik tersebut bukanlah seperti yang dilihat dalam gambar! Bernama Suardi dan berusia 74 tahun rupa-rupanya mempunyai 7 orang isteri dan sebuah rumah besar di Indonesia.


Menurut Siakap Keli

Memetik laporan Merdeka.com, hasil siasatan Dinas Sosial dan Tenaga Kerja (Dinsosnaker) Indonesia, dia bukanlah hidup sebatang kara seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya dia mempunyai tujuh orang isteri, lima orang anak dan sebuah rumah besar.

“Dari hasil itu, dalam satu tahun dia bisa membeli rumah di Mojokerto, beli motor Yamaha Vixion dan motor matik. Istrinya saja ada tujuh. Katanya istri saya cuma tujuh saja. Cuma tujuh. Loh ini bener dari pengakuannya sendiri. Entah isteri-isterinya yang lain meninggal atau cerai, kita tidak tahu. Yang jelas, dia bilang istrinya tujuh,” dipetik dari Merdeka.com.

Hasil pemeriksaan rekod kesihatannya pula, pihak berkuasa mengesahkan Suardi tidak menghidap sebarang masalah kesihatan.



Allah... Memang kalau tengok gambar pakcik ni sesiapa saja akan sebak. Tak tahu la apa tujuan dia buat sedemikian. Bila jadi camni boleh menyebabkan orang dah hilang rasa simpati dan percaya pada mereka-mereka yang betul-betul berada dalam kesusahan. Moga tiada lagi insan yang mengambil kesempatan sebegini. Apa-apa pun hopefully pakcik ni tak wat camtu lagi. Kesian tetap kesian sebab fikir usia dia menjangkau 70 tahun tapi tak patutlah kan wat orang lain menangis pada tempat tak sepatutnya. ;( Maybe someone di sana boleh bantu pakcik ni beri pekerjaan yang sesuai jika benar dia orang susah.


Misya : Tak percaya pada orang nak pinjam duit.

4 comments :

YUS said... Reply To This Comment

aiyooo....

budakbandunglaici said... Reply To This Comment

tapi mesti ada sebab kenapa pak cik ni buat macam tu kan

Remy hazza said... Reply To This Comment

macam macam....

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

ada terbaca hari tu, kaya rupanya pakcik ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...