Restoran Nelayan Seremban || Masak lemak cili api N9 terbaik!

Salam.. Ahha sape orang nogori kek sini? Cubo boitau den! Huhu.. Orang nogori comfirm suko makan podeh-podeh kan? Masak lomak cili api la paling tiptop sekali if datang ke nogori sombilan? Apa? Tak faham? hehe sorry la.. Den ni nak kata darah nogori sombilan pure takdola. Tapi belah ayah memang ada keturunan-keturunan minang so memang terbiasa makan pedas-pedas ni. Especially atok belah husband memang orang nogori. Alang-alang bulan puasa ni saya share 1 tempat best if anda peminat masakan Negeri Sembilan especially Masak Lemak Cili Api. Pure reseip turun-temurun negeri sembilan tau! Setiap kali saya ke arah selatan mesti singgah lunch di sini dulu. Nelayan Seafood & Catering. Serius memang terbaeklah tempat ni! Area Rahang, Seremban, ada sekolah, padang dan pejabat kerajaan area sini. 

My feveret, ketam masak lemak cili api, sambal lado petai dan tempe goreng. Perghhhhhhhhh serius sedap hingga menjilat jari kaki! Hahahah [over!]

Time bukan bulan pose comfirm korang meleleh tengok lauk-lauk yang dihidangkan. Macam-macam ada!

If datang ke sini, inilah rupa restoran Nelayan ni dari luar. Nama je nelayan tapi bukanlah dekat tepi laut. Betul-betul tengah bandar Seremban area Rahang. Jauh sangat nak ke Seremban? Don't worry anda boleh datang ke cawangan Putrajaya di Masjid Putrajaya. Boleh baca info lanjut kat SINI.


Misya : Sedap tanpa ajinomoto.

Comments

  1. wahhh boleh try nanti...

    selalu ke Seremban... good Info

    ReplyDelete
  2. @Zaidalifah Hussin Tq.. Bolehla try. COmfirm tak mengecewakan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts