Tudung baru, nafkah pakaian dari suami...

Salam. Yeay dapat tudung baru! Hehehe.. Tak tahulah sejak bila saya suka tudung atau baju lace-lace ni. Rasa sweet dan elegan gituu. Wakaka.. Saya ni jarang nak shopping tudung sebenarnya sebab susah nak jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Almaklum muka saya ni bulat, salah beli tudung nanti nampak sangatlah kebulatan muka saya ni. Huhu takmo.. Tapi baru-baru ni incik suami belanja saya tudung lace putih ni. Serius sangat mudah nak pakai. Ianya labuh menutup dada tapi still boleh bergaya. Sarung je tanpa pakai pin langsung! 

Kat mana saya beli? Hehe saya pun tak tahu nak promote siapa yang jual tudung ni. Sebab saya dapatkan tudung ni daripada Kak Asnah salah sorang yang wat biz Elken dengan saya. Every week jumpa dia mesti dia bawa tudung-tudung dan baju untuk uniform system terbaru untuk dijual. Belum jumpa lagi dealer tudung yang jual tudung camni.

Tq hubby belikan tudung ni. 2 helai plak tu. Satu lagi warna itam. Nafkah pakaian untuk wife katanya. Oh ada ea? Baru teringat Ustaz Azhar Idrus pun pernah cakap. Suami bukan sekadar wajib bagi nafkah dalam bentuk wang tapi dalam bentuk pakaian juga. Alhamdulillah suami saya ingat kewajipan ini. Setiap tahun mesti dia belanja beberapa pasang baju atau tudung. Bila ditanya kenapa, mesti dia jawab nafkah untuk saya. Ala so sweet.. Hahaha [Gedix]


Misya : Berhijab kerana Allah.



Comments

  1. blogger Eraz Fadli juga menjual tudung lace ni...boleh lihat di www.erazfadli.com

    ReplyDelete
  2. Aww sweet sangat Misya menggayakan tudung tu..

    Nak jemput join GA :)

    http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html

    ReplyDelete
  3. @Dayana Zahari Tq dear. InsyaAllah ada kelapangan saya join. Thanks invite. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts