expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 9, 2015

KopiCat destinasi makan-makan di Muar, Johor...

Salam. Ahha takde idea nak makan apa? If uols ke Muar, Johor bolehlah singgah di restoran KopiCat betul-betul kat tengah bandar Muar. Kebetulan saya ada urusan bisnes kat Muar, so my biz partner ajak makan kat restoran ni. Tunang biz partner saya tu pula memang meniaga satay kat restoran ni. Erm ibarat mengantuk disorongkan bantal memang singgahlah sat. (Awat jadi loghat utara plak neh?) :p Why KopiCat? Banyak kucing ke kat sini? Jom tengok apa saya lantak kat restoran ni.
 
Basah tekak dengan float yang sodap ni. Menarik food presentationnya. Dalam cawan botol yang unik.

My husband order Kue Tiow goreng. Selalu order nasi goreng, kali ni taknak nasi. Rasanya? Not bad.. Sedap jugak.


Datang ke Muar kalau tak rasa Mee Bandung Muar bukan ke Muar namanya! 

Size mangkuk yang besar memang puaslah makan! Rasa boleh tahan cuma saya tak rasa this is pure mee bandung Muar. Boleh try la kalau mahu.

Part klimaks! Ahaks.. Satay special from my biz partner. Memang sedap! Lembut je dagingnya. Sempat lah my hubby korek resipi how he make this satay. Memang complicated la kaedahnya.

Inilah menu restoran KopiCat ni. Macam-macam ada! Ala carte, western, seafood.. Pilih je mana nak.

Ahha kalau uols perasan nama-nama menu kat KopiCat ni sangat unik. Goreng Hot Mama (Extra Pedas), Sup Rahsia Menantu, Sup Ayam Nenek, Letupan Pedas.. Hahaha kelakar kan? Tapi saya takdelah mencuba semua makanan di sini.

Ni one more senarai menu yang menarik. Aiskrim Bujang Bosan atau Kahwin Kaya? Hehehe bezanya 1 dan 2 scoop je. Ahakss...

Ahaks sempat kami bercandid! Kelihatan wajah kami yang kelaparan. Hihi... 

So, kalau tak pernah datang, bolehlah try ke sini. Suasana di sini menarik. Sangat tenang sebab berkonsepkan klasik dan tradisional. Sometimes ada live band perform kat sini.. Kira KopiCat ni antara yang tempat makan yang special la kat Muar ni. Actually ada sesuatu pelik terjadi kat restoran ni. Sesuai dengan namanya KopiCat berkaitan dengan kucing. Nak tahu apa dia? Boleh terjah SINI.


Misya : Sebelum makan baca Bismillah.




2 comments :

Maria Firdz said... Reply To This Comment

Terliur plak tengok float... Hehe

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Maria Firdz Haha sabar.. belum berbuka lagi. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...