expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 25, 2015

Rindu terubat dalam Terminator 5...

Salam.. Sape peminat pelakon Arnold Schwarzenegger (hope tak salah eja)? Ahha saya salah seorang yang minat pelakon otai ni. Hehe. Movie dia yang saya tak pernah miss tengok adalah Terminator. Daripada Terminator 1 sampailah yang ke-5 saya dah tonton. Since ternampak iklan di billboard robot jahat Terminator di tepi highway, terus tak sabar nak tengok sekuel terminator terbaru yang menampilkan kembali hero asalnya iaitu Arnold. Sebab yang dalam filem sebelum ni Arnold muncul sebagai jemputan je. So, ajak la incik suami pi tengok walaupun saya pasti dia tak minat sangat banding Transformer. If tak tengok dari No.1 memang korang akan pening sikit. Sebab story dia ada kaitan dengan sebelum-sebelum ni punya movie. Then, jalan cerita dia banyak bermain dengan putaran masa dahulu dengan sekarang. Kalau tak faham, wat-wat faham je la. Hahahaha...

Poster dia agak gempak la juga. Saya still ingat Terminator 2  si jahat yang beruniform polis dan boleh berubah jadi logam yang tajam tu sangat menakutkan. Bila ditampilkan watak yang sama tapi pelakon yang berbeza memang wat saya lagi teruja nak tengok.

Hoyeahhh terubat rindu nak tengok lakonan Arnold dalam Terminator!=) Robot yang bersalut kulit manusia yang asalnya disetkan untuk jadi pemusnah/penghapus (terminator) tetapi di resetkan untuk menyelamatkan John Connor (penyelamat manusia) akibat serangan nuklear dari virus internet Skynet. Fuh, takutnyer kalau betul-betul terjadi manusia dijajah oleh robot dan mesin.


Untuk terminator terbaru ni saya bagi 3 bintang je kot. Bukan tak best tapi story line dia kurang menyengat sikit. Dari segi lakonan semua memang superb dan banyak aksi yang mendebarkan sampai terperanjat penonton. Huhu.. Tak tahu la akan datang keluar lagi ke Terminator baru. Arnold dah tua tak larat dah nak berlakon. Tapi kalau umur dia panjang, mana tahu Arnold muncul lagi dan berkata 'I'm back!!' Hehehe.... Astalabesta bebeh!


Misya : Terminator 2 is the best.

4 comments :

miss zinziemeewah said... Reply To This Comment

trademark i'm back dia tu paling ingt wlpun bukn pmnat film ni.. hehehe. anod susah nak eja

yanie yusuf said... Reply To This Comment

bestnye terminator...

Eintan Nurfuzie said... Reply To This Comment

ok.. blh gi tgk ni

eima said... Reply To This Comment

memula dulu je tgk...pastu ..atau la nape mcm dah kurang minat cerita masa depan ni ... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...